Friday, April 29, 2011
RAKYAT MARHAEN: Islam Itu Sumpah Sahajakah ?
RAKYAT MARHAEN: Islam Itu Sumpah Sahajakah ?: " ' Sekularisme yang menjalar dalam kehidupan umat Islam di Malaysia nampaknya berjaya mengheret orang Melayu jauh meninggal..."
Pengalaman seram part 4 dan terakhir
Ah….kat dapur pula…Aku menjenguk ke dapur, tiada pinggan yag jatuh pun. Tapi aku pasti bunyi tersebut dari dapur. Sekilas pandang aku ternampak seperti ada bayangan putih di sebelah kanan ku. Aku berpaling ke kanan…tiada apa-apa.
Tapi, tingkap yag baru aku tutup tadi sudah terbuka semula. Meremang bulu tengkuk ku ketika itu. Ini betul-betul menguji aku. Apa yang nak aku buat sekarang. Adakah aku perlu lari meninggalkan rumah itu sekarang. Kalau aku nak ke pejabat aku perlu berlari dalam gelap dan menuruni bukit. Jauh juga tu lebih kurang 100meter. Kalau hari siang tak pa, ni dah tengah malam.
Aku mengambil keputusan Masuk ke dalam Bilik. Sambil tu mulut ku kumat kamit membaca beberapa ayat Al-Quran. Masuk ke dalam bilik terus ku menutup pintu. Aku membuka radio, mujurlah siang tadi aku dah setkan siaran radio bacaan Al-Quran. Rasa lega. Aku mencapai telefon bimbit ku cuba menelefon kawan-kawan..tapi tiada line.
Beberapa seketika aku sudah dapat mengawal diri. Aku bertekad untuk berhadapan dengan apa-apa rintangan. Aku nak duduk rumah ini. Dan tiada sesiapa pun boleh menghalang aku. Aku Kebilik air untuk mengambik Wudhuk. Aku dapat merasakan ada sepasang mata seperti memerhatikan aku. Ahh pedulikan…..Aku bercadang Solat hajat dan membaca Yassin memohon dipermudahkan urusan ku dibumi asing ini. ….sementara itu di dapur berbunyi seperti orang berlari…..malam itu aku membaca Yasiin berulang-ulangkali sampai tertidur……
Hari Ke ENAM (malam terakhir)
Malam tu seperti biasa aku turun ke kawasan hospital. Selepas keluar makan bersama pemandu aku lepak dan berbual bersama staff hospital. kemudian aku balik ke rumah.
Sepenjang perjalanan aku baca beberapa ayat Quran...terasa seperti jauh perjalanan mendaki bukit. Kalau ikut hati memang taknak balik...tapi aku nak tidur di mana. Sampai ditangga...kaki aku seperti berat. puas aku melangkah tapi masih tidak boleh....tapi akhirnya aku sampai juga ke pintu...
Masa nak buka pintu aku beberapakali salah kunci...aku pun tak tau masa tu...aku nak masuk atau tak nak masuk rumah...akhirnya aku masuk....terus ke bilik air ...ambil wudhuk...
Masa ini lah aku dapat merasakan bahawa benda tu memang semakin mengganas....semasa aku sedang solat...benda tu betul betul berdiri di sebelahku...berpakaian serba putih yang agak kotor...memang rasa nak pengsan.....
selepas selesai memberi salam aku lihat benda tu dah tiada. Aku pun pergi ke katil. tiba tiba aku lihat benda tu sedang bertenggek diatas tingkap....aku dah tak tau nak buat apa....kemudian hilang ...aku baca ayat quran sampai tidur......aku pun tak pasti aku tidur atau tidak...kemudian benda tu dudk di hujung katil.....aku tidur sampai kepagi
Hari ke TUJUH.
Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut....Selepas itu barulah aku tahu tempat tu memang didiami oleh Makhluk halus....Berdasarkan ustaz yang aku jumpa....benda tu memang menginap di rumah tu...dan biliknya ialah bilik yang aku gunakan. kata ustaz tu makhluk tu perempuan....dan dia cuba berkawan dengan aku...
dan kata ustaz tu lagi...sepatutnya semasa aku memagar rumah tu dengan air yassin sepatutnya direnjis dari dalam rumah ke luar rumah...tapi aku buat ..aku terus pagar rumah tu....jadi benda tu terus terperangkap dan mengamuk kerana taj dapat keluar.
Dari kata kawan-kawan di Lawas aku telah pecah rekod yang paling lama tahan duduk disitu....Walaubagaimanapun rekod tu telah dipecah kan oleh seorg doktor dari Tampin...Dr Mohaziz....dia tinggal disitu bersama isteri dan anak-anaknya....Mengikut apa yang diceritakan loeh doktor dan isteri benda tu memang ada tapi dia org buat tak paham je.

Thursday, April 28, 2011
Pengalaman Seram Part3
Hari kedua,
Hari kedua aku di daerah ini. Cuaca pagi memang amat menceriakan. Udara pendalaman memang menyegarkan. Rasa seronok pulak duduk rumah lama ni. Dah la besar ada perabot pulak tu. Tapi bila malam yang aku tak tahan.
Hari ni aku mendaftar diri. Pengarah bertanya kepada aku, macamana keadaan rumah semalam. Aku jawab ok. Dia bertanya nak cari rumah lain tak. Aku jawab , tidak perlu, saya suka rumah itu. Pengarah mengatakan jangan buat keputusan terlebih dahulu. Tinggal dulu 2 atau 3 hari. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
Hari ni aku keluar rehat bersama kawan-kawan baru. Semua nampak peramah. Menu aku Laksa Sarawak. Memang best. Mereka juga bertanya keadaan dirumah tersebut. Ada yang mencadangkan aku cari rumah di kawasan Perumahan berdekatan. Di jalan Punang kata mereka. Macam ada yang dirahsiakan dari ku. Masa yang terluang aku pergi beli Radio. Bukan apa aku nak cari siaran dari Brunei, dengarnya ada satu siaran yang menyiarkan bacaan Al-Quran 24 jam. Aku beli juga senaskhah Yassin untuk aku baca nanti.
Petang….lebih kurang jam 5.00 aku baru selesai membaca Yaasin. Air Yassin yang telah akau baca aku renjiskan disekeliling rumah. Itupun atas nasihat tunangku. Mudah-mudahan aku tidak diganggu apa-apa lagi malam nanti. Jam 6 aku ke Pejabat, sembahyang magrib di surau. Lagipun kawan-kawan baru aku nak ajak makan malam.
Jam 9.00 malam….baru balik makan. Aku pelik kenapa kawan aku hantar aku sampai di bawah bukit sahaja. Kenapa tidak menghantar aku sampai ke hadapan rumah. Lepas tu bila aku ajak naik ke rumah semua beri alasan. Macam ada apa-apa je. Aku masih di depan rumah, memerhatikan rakan-rakanku meninggalkan aku. Nampaknya aku sorang lagi malam ini. Perlahan-lahan aku naik kedalam rumah. Berat rasanya hatiku. Bila ku masuk ku lihat kipas terpasang. Aku rasa dah tutup sebelum akau keluar petang tadi. Yang lebih menghairankan aku kenapa ada tingkap yag terbuka. Aku dah tutup semua tadi. Aku pergi ke tingkap yang terbuka tu untuk menutup kembali. Tingkap tu mengadap ke hutan, janganlah ada benda benda lain muncul dari tingkap ni pula. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pinggan jatuh didapur…..
Kemudian aku tiba-tiba nampak seperti ada benda melintas...laju seperti kelibat...bewarna putih.
Kemudian aku tiba-tiba nampak seperti ada benda melintas...laju seperti kelibat...bewarna putih.
Wednesday, April 27, 2011
Pengalaman Seram Part 2
Sambungan……
Cuaca agak sejuk malam itu. aku pilih bilik yang paling besar. ada sebuah katil saiz queen. Dari tingkap bilik rumah sayup-sayup aku melihat lampu dari kawasan hospital dan Pekan. Terdengar dari luar rumah bunyi burung hantu. Aku terasa seram….keadaan memang sunyi. Berada di dalam sebuah rumah yang lama ditinggalkan, terletak di atas bukit….bersebelahan hutan dan dipenghujung hospital..menimbulkan berbagai fikiran. Aku masih di dalam bilik. Hendak ke dapur takut, hendak ke ruang tamu pun takut. Apa nak buat ni. Dari tingkap aku memandang ke luar. Di dapanku sebuah rumah transit yang juga tidak berpenghuni. Kosong…agak menyeramkan.
Waktu siang tadi aku bertanya kepada Chief Edward, rumah ni ada orang ke. Jawabnya tiada. Tapi kenapa malam ni aku Nampak seperti ada orang didalamnya. Ya aku pasti pasti….ada cahaya lilin….bergerak di ruang tamu…kemudian ke dalam bilik…….tak akan ada orang pula.
Aku cuba menelefon tunangku. Ingin berbual dengan tunangku……menceritakan pengalaman pejalanan ku dari kenderaang Boing…kepada Fokker…kemudian ke Twin Otter. Banyak benda yang ingin diperbualkan untuk menghilangkan takut.
Sedang asyik berbual tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti orang mencakar dinding…….bunyinya tak berapa kuat tapi jelas…..Tunangku turut dengar bunyi tersebut. Bunyi apa tu? Aku kata entah... macam bunyi orang cakar dinding. Memang dari petang tadi Aku dapat rasa sesuatu yang ganjil dengan rumah ini….Bunyi cakar itu semakin kuat…..di dapur aku terdengar paip air seperti dibuka seseorang…..
Pengalaman Seram Abah
Hari Pertama,
Saya pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Lawas. Walaupun baru menunjukkan jam 5 petang namun keadaan sudah begitu petang. Maklumlah waktu Maghrib disini pun jam 6.00 petang. Badan rasa letih...dari Kuching ke Miri kemudian ke Lawas. Lawas Bahagian paling utara di Sarawak bersempadan dengan Sabah. Dengarnya orang Lawas kalau shopping pergi ke Kota Kinabalu...maknanya dekat la tu
Selepas mengambil aku di airport mereka terus menghantar aku ke hospital. Katanya buat masa ni aku akan transit di quarters hospital.
Amacam bos ok tak rumah ni, ni rumah untuk doktor ni? Kata Chief Edward kepada ku. Aku memerhatikan sekeliling. Lokasi rumah agak menarik ada dua rumah sahaja di atas bukit. Dari tempat ku berdiri jelas aku dapat melihat kawasan hospital, suasana Pekan dan sungai yang agak lebar. Memang cantik tempat ini, tapi agak sunyi.
“Dah lama ke rumah ni kosong”. Tanya ku kepada Abang Alias, pemandu yang menjemput ku dari airport sebentar tadi. “Rumah ni asalnya rumah untuk doctor, tapi dia orang tak tinggal kat sini. Dia orang sewa kat luar. Jadi Pengarah buat rumah ni tempat transit kalau ada orang kursus.” Jawab abang Alias.
Aku mengangguk tanda faham. Aku memerhatikan sekeliling rumah, agak sunyi keadaannya. Di belakan rumah macam ada hutan tebal. Kami bertiga terus naik kerumah tersebut. Rumahnya agak besar, dua tingkat. Binaan batu campur papan Di tingkat bawah ada bilik untuk orang gaji. Memang besar, nak main badminton pun boleh.
rumah yang diduduki oleh saya berada diatas bukit (nampak bumbung sahaja) |
Kami naik ke tingkat atas. Wah, ada tv, kerusi tamu, Peti sejuk, dapur, ada 4 bilik tidur, Bilik Air ada dua. Memang besar….tapi aku tinggal seorang diri dan yang agak menggusarkan aku…kenapa Nampak sunyi sangat.
Bos, bos tinggal kat sini dululah….sebab dah nak malam ni….kalau tak ok esok kita cari rumah lain. Oklah saya rasa saya tinggal kat sini sementara waktu. Mereka bergegas meninggalkan aku seorang diri di rumah tersebut.
Aku rasa tak sedap hati. Tiba-tiba fikiran aku melayang-layang memikirkan cerita-cerita seram yang pernah aku tonton selama ini. Aku teringat malam ni adalah malam Jumaat. Malam Jumaat pertama di daerah yag tak pernah aku sampai sebelum ini. Aku rasa takut……..
Adik Emir Haduan
Ini Emir Haduan. Adik yang paling kecil. Haduan maknanya Ketenangan. Sebab Haduan selalu tenang. tapi dia akan mengamuk jika lambat dapat susu.
Jalan-jalan
Dah lama tak pergi jalan-jalan pergi hotel, mandi kat kolam. Danial suka pergi Hotel Selesa kat Port dickson. Emran suka Hotel Ancasa. Kak lang suka hotel Kak Lang. Sekarang Danial dan Emran dah pandai berenang, ibu yang ajar.
Hujan
Hari ni hujan lebat. Ibu hantar abah pergi kerja. Emran cuti. Abah macam malas nak pergi kerja. Macam nak tidur balik je.
Tuesday, April 26, 2011
Pasar Malam
Hari ini pasar malam kat Putrajaya dan Bandar Baru Bangi. Danial suka Yong Tau Fu dengan Kuey tiaw, Ibu suka Apam Balik, Emran suka Nasi Ayam. Abah pula suka pergi je. Abah tak suka beli tapi suka tengok orang.
ASSALAMUALAIKUM
BLOG INI BERTUJUAN MEMAPARKAN AKTIVITI HARIAN KAMI ADIK BERADIK TERMASUK ABAH DAN IBU. JUGA UNTUK SOAL JAWAB MASALAH SYARIAH SEBAB IBU KAMI PEGUAM SYARIAH. ABAH AKAN MASUKKAN HAL PERKEMBANGAN POLITIK DALAM DAN LUAR NEGERI
Subscribe to:
Posts (Atom)