Tuesday, May 31, 2011

Peristiwa Heli terhempas di Bakelalan/Bario 2004


Pengalaman pernah bertugas Di Lawas dan Bakelalan menyebabkan peristiwa terhempasnya Helikopter di Bakelalan pada tahun 2004 masih kekal di dalama ingatan.





Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku
tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?"

Berkata Ifrit di antara Jin
" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini,
sesungguhnya saya kuat lagi jujur"

Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab " Saya boleh
membawanya kepadamu dalam sekelip mata" AnNaml: 38-39

Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini
tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.

Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia.

Apa sebenarnya berlaku?

- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm. Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

-Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.

- Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya

-         Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.

-         Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.

-         Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak /jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya

-         Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Serawak

-         Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan

Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*

-         Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.

-         Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.

Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.

Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat. Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini  hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.

Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula  tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario

Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan  sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.

Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.

Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helicopter  tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.

Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.

1.         Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.

2.         Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam. hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.

Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama (bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia).

Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah sembelih  kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"

Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"

Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.

3.         Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin.

Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.

Setelah  petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan – kaum pribumi Sarawak -  telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metodesecara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya

Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.



Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata " Tolonglah bukakan heli itu pula  untuk kami dapat lihat" Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!"

..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!

4.         Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah-olah satu ruang  terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?."

     Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.

Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup  ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.

Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..

" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".

5.         Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.

Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.

Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.

6.         Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah hilang!!"

Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib.

Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan selawat pada Rasulullah SAW.

Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat,  melaporkan pada sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli itu. Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!!

Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.

7.         Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya
menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ (tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ).Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui " Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar. Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yangtidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu- kayan disapu bersih.

Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam"

Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang  bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.

Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.

Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai  Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.

[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh,  cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah .

Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab..  " Apakah Ustaz didampingi jin?"

Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin.Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam."

Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding. Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusiayang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidakterjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini.


Dipetik dari buku Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario

SKYLAB September 2004

Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato' Muhamad.



Sunday, May 29, 2011

BERATUS tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Namun bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik.
Bagaimanapun, katanya, tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu.
"Saya memang tak pernah jumpa (naga). Tetapi saya percaya ia wujud. Kalau disebut naga, itu betul, harus percaya walaupun tidak melihatnya dengan mata sendiri. "Anak saya pernah ternampak seekor naga pada tahun 2000. Katanya dia tengok badan dan kepalanya.
"Empat tahun kemudian, seorang anak kecil nampak naga itu meluru dengan muncungnya menghala ke arahnya. Apabila anak itu menjerit, kelibat makhluk itu terus hilang. "Budak itu ceritakan kepada kami tentang mukanya yang sebesar kepala lembu. Menakutkan! Anak itu trauma sampai demam," kenang Bahrain.
Cerita penemuan terbaru, katanya, datang daripada seorang lelaki Eropah bernama Christos yang memancing di Tasik Chini, bulan lalu. "Dia juga jumpa naga itu. Dia gambarkan naga itu seperti ular sebesar tayar motosikal," tambah Tok Batin ini.
Malah sebelum itu, ketua keluarga di Tanjong Puput ini sudah banyak kali menyaksikan penduduk kampung lari lintang-pukang kononnya ternampak makhluk misteri itu.
Mengakui mendengar kisah itu daripada nenek moyangnya melalui penceritaan dari mulut ke mulut, Bahrain turut menggunakan pendekatan yang sama terhadap anak-anaknya."Ia diperturunkan sebagai satu sejarah. Tujuannya ialah supaya anak-anak berhati-hati ketika menghampiri air," ujar bapa kepada 12 orang anak yang berumur antara 10 hingga 30 tahun ini.
Bahrain tidak pula menganggap mereka yang mendakwa pernah melihat naga itu sebagai memiliki kelebihan atau keistimewaan.
"Sudah nasib mereka untuk jumpa naga itu. Saya percaya ada orang tertentu saja yang boleh nampak, bukan semua orang. Tetapi mereka tidak ada kelebihan apa-apa berbanding orang lain," kata Bahrain.
Penduduk kampung juga tidak pernah risau memikirkan sang naga."Ia bukan ancaman untuk kami. Belum pernah lagi ia mengganggu kami. Hanya sekali-sekala dilihat di permukaan air," sambungnya.


Lagenda Tasik Chini - Kisah Benar

(PENGALAMAN SEBENAR)

Korang pernah dengar Tasik Chini punya lagenda? Sebenarnya aku ni duduk dekat dengan Tasik Chini ni dah dekat 30 tahun. Ada la dalam 10 km dari rumah. Dulu masa kecik2 memang cantik tasik ni especially bila musim teratai kembang memang cantik. Dulu masa aku kecil macam-macam kisah misteri yang aku dengar dan lihat sendiri! Yang aku lihat sendiri bila jaring/jala ikan yang ada jiran aku bawak balik penuh dengan....ular bukan ikan! aku takut giler masa tu sebab kebetulan lalu depan umah jiran aku masa balik dari sekolah. Katanya dia menjaring di Tasik Chini. Ada kes Kulit bersisik sebab bunuh ular ke di Tasik Chini. Memang kecoh dulu kes ni. Kisahnya begini :

peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya. "Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya."Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati. "Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air."Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. "Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu. "Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir."Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya. Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya.Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri. "Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu."Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. "Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya.

Ayah dan abang aku juga pernah menjadi mangsa sesat di Tasik Chini sebab tebang pokok dan nak bawak balik. Masa nak balik tu tak jumpa jalan sedangkan diorang tu orang tempatan dan dah biasa jalan di situ. Abang aku ambil keputusan untuk buang kayu tu dan tak lama kemudian mereka dapat keluar dari situ.

Jalan ke Tasik Chini tu pun amat merbahaya terutama kepada mereka yang tidak biasa atau baru pertama kali melaluinya. Tahun ni saja dah 2 orang menjadi mangsa. Kalau aku recall balik,jalan tu tak kurang dari 5 orang dah menjadi mangsa kemalangan maut. Berbalik kepada kisah lagenda di Tasik Chini, ada beberapa kisah. Kisahnya :

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.





Queen of the Naga's or merely the King of Herrings? (the Don Sao photo debunked)

By John Roberts
10 January 2009 00:19:00

One thing about having fewer guests is that I have plenty of time for pointless hobbies, meaning I get to spend my downtime indulging my twin passions of ugly fish identification and naval history via the internet.

    So it was while flicking back issues of All Hands - the US Navy Magazine - that I came across a familiar looking photo, part of an infestation that had always perplexed me...

    ...anyone who has visited the Don Sao, the markets of Sob Ruak or the Golden Triangle - or, so I'm told, Nong Khai - will have seen a picture purporting to be taken on a secret US base in Laos in 1973, a picture of about 20 servicemen holding a long fish like thing; looking, to me, like the Chinese style dancing dragons one sees in parades and claiming to be the "Queen of the Nagas".

    
Nagas, in this instance (as opposed person from Naga-land or just plain Indian cobra), being a dragon like fish snake thingy, one of which created the Mekong, concrete incarnations of whom guard every temple in Northern Thailand and the beasts whose breath or flatulence create the fireballs in the lower Mekong during the November full moon.

    I never had a problem with the existence of Nagas, or the existence of secret U.S. bases in Laos in 1973, my only problem with the photo is that one of them, the Queen (how do you sex a Naga?  Surely then it is a Nagi?) no less, would be daft enough to let herself get caught by foreigners.

    I was happy, therefore - unless this is all a big cover up and I've been duped - to see that the original photo was actually taken in Coronado, California in 1996 and is of a tropical deep water fish from the family Regalicedae - nothing to do with killing kings I surmise, but one particular member of the family glories under the common name, King of Herrings - the very sound of which makes me want to put on an eyepatch, wooden leg and say "aarrrrrr" (what can I say too much time, too little work).


Not easy to read from the photo, the full text reads:

"SEALS find serpent of the sea:  Look, on the beach!  It's a bird, it's a plane, it's... a fish?  Twenty-three feet long and more than four feet in circumference, this image from a 1950's horror film weighs in at 300 pounds.  And it's dead as a doornail.

The silvery serpent of the sea - an oarfish - was discovered last year by Basic Underwater Demolition/SEAL (BUD/S) Instructor Signalman 2nd Class (SEAL) Kevin Blake.  The oarfish has large, saucer-shaped eyes and a raised, red, elongated dorsal fin along the upper ridge of its spine.  At the time of the find, Blake was leading students on a beach run at the Naval Special Warfare Center, Coronado, Calif.  "It was unlike anything I had ever seen before," said Blake.  "It looked like some sort of prehistoric throwback."  Scripps Institution was notified of the find.

Although this specimen was dead, it was a rare find.  The University of California, San Diego's Scripps Institution of Oceanography, has only been able to collect four specimens of the undersea giant.

Scripps' Senior Museum Scientist H.J. Walker came to the site and removed the creature's head and tail for anatomical study.  He speculated on the death of the fish, saying it probably met its maker after an encounter with the propeller of a boat.
(JR. Comm. - nothing to do with having a SEAL Basic Underwater Demolition Team in the area then!)
Walker dared the BUD/S trainees to sample their find, knowing well that oarfish, when cooked, tastes like paper.  He tried eating it himself when an oarfish was caught in some fishing nets of the Southern California coast a decade ago.

According to Walker, the oarfish is harmless, eating only small shrimp and living in depths of up to 700 feet in warm tropical water.  Oarfish average between 20 and 30 feet long when fully grown.

"Because of its look and size, this is a fish that gives rise to the sea serpent image."  Walker said.

Records have a 56-foot long serpent like creature found on a Scotland beach in 1808.  It's believed to have been an oarfish.
Story By JOSN John Carstens

Wednesday, May 18, 2011

Natrah - Sejarah yang patut dingati oleh Masyarakat Melayu dan umat Islam di Malaysia. Singapura Dan Indonesia

Setelah membaca Buku Natrah Cinta Rusuhan dan Air mata, bagi ku tiada kisah cinta yang paling menyayat hati di abad ini selain daripada kisah Natrah
apatah lagi kita bukan saja kehilangan seorang gadis, tetapi kita juga kehilangan seorang umat Islam di bumi ini…hanya kerana undang-undang yang zalim dan kejam
10
Agak malang jika generasi hari ini tidak mengetahui kisah ini. Mungkin kerana ia tidak diceritakan didalam Buku Sejarah di sekolah-sekolah. Ia cuma  dizahirkan dalam bentuk novel seperti Tragedi Nadra (Haja Maideen), Mortal Flower (Han Suyin), Voices Of Asia (James Michener) dan A Salute To Singapore.
namun yang paling diingati sudah tentu penyelidikan dan penulisan  Datin Fatini Yaacob yang mengkaji kisah berkenaan sehingga membawanya bertemu dengan Natrah di Belanda tidak lama dulu melalui bukunya Natrah Cinta Rusuhan dan Air mata.

dari segi Media, Tan Sri Kamarul Ariffin pernah menerbitkan filem Jasmin 1 (1984) dan Jasmin 2 (1986), filem yang berdasarkan kisah sebenar Natrah aku pernah menonton kedua-dua filem berkenaan yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong, watak Natrah dilakonkan oleh gadis kacukan Inggeris, Datuk Seri Noraini Jane

Malangnya kedua-dua filem ini tidak lagi pernah diulang tayang di kaca televisyen, aku harap Astro, RTM  atau Tv3dapat menyiarkannya kembali supaya masyarakat lebih memahami kisah sebenar yang menimpa Natrah.

Berbalik kepada cerita Natrah, kisahnya menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Natrah sewaktu perbicaraan di Mahkamah Singapura
Natrah sewaktu perbicaraan di Mahkamah Singapura
Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda, setelah itu dia diKristiankan semula dengan nama Bertha Hertogh
13
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura dan di tanah Melayu,  sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah. Cuma agak malang Presiden Umno ketika itu tidak mahu Umno terlibat dalam peristiwa itu.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.
Natrah pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

Sebuah filem mengenai Natrah arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.
Untuk pengetahuan korang, kisah sedih Natrah tidak berakhir di situ, sejak dihantar pulang ke Belanda, dia menempuh pelbagai dugaan demi dugaan dalam hidupnyamalah pada pertengahan tahun 70-an, Natrah pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminyakini Natrah sudah pergi buat selama-lamanyameninggal dunia akibat menderita penyakit leukimia di rumahnya di Huijbergen, Belanda dalam usia 72 tahun.

Namun percayalah, matinya Natrah bukan bermakna matinya sejarah.