Wednesday, June 29, 2011

EMIR BERCERITA: Lagenda Mokhtar Dahari - Harimau Malaya

EMIR BERCERITA: Lagenda Mokhtar Dahari - Harimau Malaya: "Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor..."

EMIR BERCERITA: Rejimen Askar Melayu Diraja

EMIR BERCERITA: Rejimen Askar Melayu Diraja: " Arwah Atok Hashim yang juga merupakan salah seorang anggota terawal AskarMelayu No Tentera 127 Al Fatihah Rejimen Askar Melayu DiR..."

EMIR BERCERITA: Tok Janggut Pahlawan Kelantan

EMIR BERCERITA: Tok Janggut Pahlawan Kelantan: "Biografi ringkas Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir ber silat . Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad..."

EMIR BERCERITA: 9 Tips untuk Menjadi bahagia

EMIR BERCERITA: 9 Tips untuk Menjadi bahagia: "1. Jangan Takut dan  Was-was         Perasaan takut dan was-was merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif.    Sebagian besar hal-..."

EMIR BERCERITA: Peristiwa Israk Mikraj

EMIR BERCERITA: Peristiwa Israk Mikraj: "Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang..."

Tuesday, June 28, 2011

EMIR BERCERITA: Israk Mikraj - Batu terapung

EMIR BERCERITA: Israk Mikraj - Batu terapung: "Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pas..."

Tuesday, June 21, 2011

EMIR BERCERITA: SEJARAH - Pertempuran Jambatan Gemencheh

EMIR BERCERITA: SEJARAH - Pertempuran Jambatan Gemencheh: "'Black Jack' Galleghan memilih untuk menyerang hendap pasukan Jepun di Jambatan Gemencheh Perangkap kereta kebal yang disediakan oleh 'B..."

EMIR BERCERITA: Hitler.....yang kita tidak tau

EMIR BERCERITA: Hitler.....yang kita tidak tau: "Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis bel..."

Monday, June 20, 2011

EMIR BERCERITA: Lemang Perantauan

EMIR BERCERITA: Lemang Perantauan: "LEMANG PERANTAU Bahan-bahan: 1 kg beras pulut 2 1/2 cawan santan pekat 1 sudu besar garam (paras rata) 1 sudu besar gula (paras rata)..."

Tuesday, June 14, 2011

EMIR BERCERITA: Panglima Saleh Selempang Merah

EMIR BERCERITA: Panglima Saleh Selempang Merah: "Perjuangan Seorang Pahlawan : Kiyai Salleh (selempang merah) parang terbang 'Ramai beranggapan yang Panglima Salleh dan anak muridnya ya..."

EMIR BERCERITA: EMIR BERCERITA: Rendang maman.........hanya di Mon...

EMIR BERCERITA: EMIR BERCERITA: Rendang maman.........hanya di Mon...: "EMIR BERCERITA: Rendang maman.........hanya di Moncheh.... : 'Bahan-bahan; 1kg daging/1ekor ayam kampung/itik/10 ekor puyuh/ 2kg sayur maman..."

Friday, June 10, 2011

EMIR BERCERITA: Pengalaman Seram Part 2

EMIR BERCERITA: Pengalaman Seram Part 2: "Sambungan…… Cuaca agak sejuk malam itu. Dari tingkap bilik rumah sayup-sayup aku melihat lampu dari kawasan hospital dan Pekan. Terdengar..."

EMIR BERCERITA: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejar...

EMIR BERCERITA: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejar...: "Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kot..."

EMIR BERCERITA: Sejarah Melaka yang digelapkan

EMIR BERCERITA: Sejarah Melaka yang digelapkan: "KOTA MELAKA YANG SEBENAR Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya? kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel be..."

EMIR BERCERITA: Yang kita perlu tahu berkaitan ISRAEL

EMIR BERCERITA: Yang kita perlu tahu berkaitan ISRAEL: "1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel? 2. Tahukah anda bahwa setiap bang..."

11 Jenis Manusia didoa para malaikat


20100319124428  dsc5308 copy copy Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Thursday, June 9, 2011

Serunding Daging

RESEPI SERUNDING DAGING





BAHAN-BAHAN
  • 1kg Daging Batang Pinang ( part ni daging paling lembut )
  • 1 bijik kelapa yang diambil santan pekatnya 
  • Cengkih/bunga lawang/kayu manis ikut suka
  • 3 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak


Bahan A ( Blender A )
  • 2 bijik bawang besar
  • 1 ‘labu’ bawang putih ( labu – keseluruhan sebiji bawang putih, bukan seulas )
  • 20 Biji cili kering – ikut kepedasan yang diinginkan


Bahan B ( Blender B )


  • 3 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar rempah ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 6 batang serai
  • 3 inci halia


CARA MEMBUATNYA


  1. Potong daging sebesar 2 inci dan rebus sehingga air kering. Siat Halus. Tumis sedikit bawang merah/putih beserta cengkih/lawang/kayu manis. 
  2. Masukkan Bahan A dan B yang telah dikisar a.k.a diblender dan santan pekat kedalam kuali dan panaskan sehingga garing. 
  3. Kemudian, masukkan daging, garam, gula dan sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga kering.




Proses ini mungkin memakan masa sehingga 1-2 jam kerana api perlahan dan serunding perlu betul2 kering supaya tahan lama dan lazat serta enak dimakan. Tak leh berhenti kacau serunding sebab boleh hangus dan jadi tak rata.

Istana seri Menanti

Istana lama (the old palace of) Seri Menanti...

Dari replika istana di Rembau seperti terpapar dalam artikel Replika istana (The palace replica of Raja Melewar) kita beralih sekitar 70km ke Seri Menanti. Mari! :]
From the palace replica in Rembau as potrayed in the article Replika istana (The palace replica of Raja Melewar) we move some 70km to Seri Menanti. Come! :]


Di tengah bandar diraja Seri Menanti (sebenarnya sebuah pekan kecil tetapi mendapat keistimewaan kerana menjadi tempat bersemayam Yam Tuan Besar Negeri Sembilan) terdapat istana lama ini...
Right in the middle of the royal town of Sri Menanti (actually it is a special village but with the special privilege of being the main place of residence for the Yam Tuan or ruler of Negeri Sembilan) there exist this old palace...

Maklumat yang terpapar menyebut ia siap dibina 1908. Tetapi ada percanggahan tarikh ia mula dibina pada maklumat ini. Versi Melayu menyebut tahun 1905, versi Inggeris 1902!
The information shown said it was completed in 1908. But here, there is a contradiction in the year it was supposed to be built. The Malay version says 1905, the English 1902!
Apapun, sampai masa untuk melihat ke dalam...
Whatever, come the time to see inside...

Hmm... Biar dilihat luarnya dahulu daripada beberapa sudut... Hmm... Let us have a look at it first from some angles outside...

Pandangan hadapan istana. Oh... Untuk makluman ia telah dijadikan muzium diraja...
A look at the front of the palace. Oh... For information it has been converted into a royal museum...

Gambar singgahsana lama diraja. Adapun kebanyakan pameran lain yang terdapat lebih menekankan keluarga diraja sekarang yang saya rasa terlalu keBaratan. Maaf...
A picture of the old royal throne. As it turns out, the majority of the exhibits inside concentrate on matters relating to the present royal family which I feel is too westernised. Sorry...

Ini pula gambar laman hadapan. Sebenarnya saya bercadang untuk mengambil gambar ini dari tingkat tertinggi istana kerana pernah naik ke situ dalam beberapa lawatan sebelum ini. Ternyata jalan naik ke atas kini dikunci. Sekian...
This is a picture of the front yard. Actually I was thinking of taking the picture from the highest floor of the palace as I've been up there in a few previous visits. As it turned out, the way leading up is now locked. That's all...