Sunday, July 20, 2014

Cara Solat Sunat Tasbih.



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

.
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlahsekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
.
.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.
.

Caranya;

.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-’a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk - 10 kali tasbih
    • Iktidal - 10 kali tasbih
    • Sujud pertama - 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
    • Sujud kedua - 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih;
.
By; shafiqolbu

SOLAT HAHAJJUD

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud
.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Friday, July 11, 2014

Hitler masuk Islam dan mati di Indonesia??

Assalamualaikum

seperti yg kita ketahui..Hitler pernah membunuh ramai Yahudi sewaktu pemerintahannya..Barat mengatakan bahawa hitler adalah penjahat yg membunuh sewenang2nya..yg beliau mahu menakhluk dunia..tapi itu kata BARAT..kita sendiri tahu barat suka memanipulasi..

kini bila Palestin teruk diganasi oleh Yahudi..kita patut tersedar..akan kata Hitler "aku bunuh ramai Yahudi tapi aku tinggalkan sedikit supaya satu hari nanti kamu faham mengapa aku membunuh mereka"

tahukah anda..Hitler terkenal dan mampu menjadi seorang Pemerintah walau dia bukan dari keturunan pemerintah? ini kerana pada masa itu Hitler ialah seorang Pemidato yg hebat di mana sesiapa yg mendengar ucapannya akan kagum dan terus taat setia kepadanya..

dan sebelum aku bg tahu tentang Hitler di Indonesia..jum tahu serba sedikit pasal hidupnya..

ADOLF HITLER

Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idola di Jerman antara akhir 1920-andan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang Dunia II. Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan diktatoryang gila kuasa.(kata barat la)

SEJARAH AWAL

Pada 6:30 petang 20 April, 1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.
Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagai 'menatang minyak yang penuh'.

Hitler (panggilan manja 'Adi') semasa bayi
 
Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama di sebuah sekolah awam di Fischlhamberhampiran LinzAustria. Pada tahun yang sama bapanya telah bersara dan dari situ bermulanya zaman kesusahan bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan disiplin di tempat kerjanya telah cuba untuk mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya, Alois Jr., sering dipukul oleh bapanya dan pada umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah. Akibatnya, Hitler pula telah menjadi mangsa kezaliman bapanya.

Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang sepertilukisan dan nyanyian. Malah sewaktu belajar di sebuah sekolah Katolik, beliau pernah menyertai kumpulan koir di situ di mana beliau dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping itu, beliau amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya dengan menggunakan ingatannya. Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dari Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar Jerman yang lampau. Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga bahasa.
Oleh itu sebelum melangkah kesekolah menengah, beliau ingin masuk kesekolah berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun bapanya membantah, dan mahukan anaknya masuk kesekolah teknik dan menjadi seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan memasuk kesekolah teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-paru.

Zaman remajanya

Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti "layang-layang terputus tali". Beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan menentang autoritiguru-gurunya. Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah dan lukisan. Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Pötsch, yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal remaja beliau amat meminati nasionalismeJerman dan lukisan serta seni reka.

Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau membuang masanya berjalan disekitar bandar raya LinzAustria, melawati muzium,opera, dan duduk ditebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal.
Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna.

Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan disana seperti opera house dan bangunan Parlimen serta bangunan disekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di "Vienna Academy of Fine Arts" sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau mengeluarkan wang harta pusakanya untuk tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk menjadi seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu cita-cita beliau musnah apabila gagal dalampeperiksaan kemasukan akademi tersebut. Malah beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi yang berprestij ini.

Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907.
Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku tamanparkbenches dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup (survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan.

Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambarbangunan yang disalin dari poskad. Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis seperti NietzscheHegelFichteTreitschke dan Houston Stewart Chamberlain.


ok actually ada panjang lagi tapi mcm boring..sape nak tahu cari sndri ..

ADOLF HITLER MASUK ISLAM DAN MATI DI INDONESIA

Ini informasi menarik tentang misteri kematian Hitler ditulis oleh Soeryo Goeritno, penulis buku tentang kematian Hitler. Dulu, saya pernah membaca kisahnya tentang kematiannya di Indonesia, tapi kurang begitu perhatian. Membaca kisah ini sangat meyakinkan bahwa Adolf Hitler, sang diktator Nazi Jerman yang membunuh 6.000.000 orang Yahudi dengan gas beracun dalam sebuah ruang pengap itu, matinya di Sumbawa, Indonesia. Yang menarik lagi, Hitler ternyata masuk Islam dan berganti nama menjadi Abdul Kohar setelah berkenalan dengan Sulaesih, gadis Sumbawa yang kemudian dinikahinya tahun 1965. Misteri sang diktator legendaris itu terjawab sudah.[] Salam.
_________________


Dari sekian banyak informasi yang ada tentang kematian Hitler, tidak ada satupun yang dapat menyebutkan secara pasti apa penyebab kematian sang diktator Nazi ini.
Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan Hitler itu? Benarkah Hitler bersama istrinya Eva Braun bunuh diri setelah minum racun sianida?

Lantas bagaimanakah hasil otopsi pihak Amerika ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Dimanakah sebenarnya keberadaan Hitler setelah jatuhnya Berlin di tangan sekutu?



Beberapa Versi Tentang Kematiannya

Versi yang paling populer menyebutkan bahwa Hitler tewas bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, saat Jerman diduduki oleh Uni Soviet.
Meski sejumlah ahli sejarah ragu Hitler menembak dirinya, dan menduga hal itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.
Namun, lubang pada potongan tengkorak itu tampak menguatkan argumen tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moskow tahun 2000. Bagaimana dan kapan Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.

Dapat dijumpai penjelasan tentang penyebab dan kapan Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para peneliti atau ilmuwan.

Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah satu perawat Hitler dan petinggi Nazi lainnya saat di dalam bunker.

Versi Rusia, yang dinyatakan oleh seorang pejabat tinggi dinas rahasia Rusia, KGB, yang mengklaim, bahwa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya tidak dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.

Seperti yang dinyatakan oleh Letnan Jenderal Vasily Khristoforov, staf arsip untuk dinas keamanan FSB Rusia, “Paramedia militer Uni Soviet kala itu telah memastikan bahwa Hitler dan Eva Braun tewas setelah minim racun sianida pada 30 April 1945.”

Versi para ilmuwan, terakhir adalah menurut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para ilmuwan. Sudah lama sebenarnya para ilmuwan dan ahli sejarah menyatakan bahwa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentara Rusia dan selama ini disimpan intelijen Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahwa menembak dirinya hingga tewas setelah minum pil sianida pada 30 April 1945.




Akhirnya dilakukan analisis DNA terhadap potongan tengkorak itu oleh peneliti Amerika, dan mereka menyatakan, “kami tahu tengkorak itu berhubungan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun,” kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universitas Connecticut, AS, dikutip dari Dailymail.

Tulang itu kelihatan sangat tipis, tulang tengkorak laki-laki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana lempengan tengkorak itu menyatu tampak berhubungan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun.

Dengan adanya hasil tes DNA tersebut, berarti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi harus memikirkan kembali kemungkinan-kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti mungkin saja Hitler tidak mati dalam bunker.

 Sekilas Tentang Adolf Hitler
Mengenai masa kecil, masa remaja, sampai dengan ketika menjadi seorang diktator, Hitler kecil adalah seorang anak yang tertolak, ayahnya sangat membencinya dan mengenggap perilakunya yang “antisosial” sebagai sebuah kutukan.

Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedang ibunya (Klara) sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan andil besar dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler saat dewasa.

Ketika hidupnya sulit, Perang Dunia 1 pun pecah. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentara dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling depan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler pun masuk menjadi Anggota Partai Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).

 
Surat Izin Masuk dr Poch
_____________
Tahun 1920, Hitler menjadi Kepala Bagian Propaganda, disinilah terlihat bakat Hitler di bidang pidato dan agitasi.
Satu tahun kemudian, 1921, akhirnya Hitler menjadi ketua partai.
Akhirnya pada tahun 1962 Hitler mendapatkan wewenang mutlak dari partainya.

Dan Hitler adalah seorang orator ulung ”singa podium”, ahli pidato yang bisa menghipnotis massa pendengarnya.

Hitler adalah politikus handal dan berhasil membangun pencitraan yang sukses melalui propaganda. Ia berhasil membangun opini menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang sukses melalui propaganda.
Ia berhasil membangun opini menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Ia juga berhasil membangun opini sebagai fuhrer atau pemimpin yang dapat dipercaya rakyatnya, membawa bangsanya ke puncak kejayaan. 

Bukti-Bukti Hitler di Indonesia
Bagaimana caranya Hitler sampai ke Indonesia? bisa menjadi WNI? Bagaimana dia bekerja menjadi seorang dokter di Rumah Sakit Umum Sumbawa Besar? dan sampai dengan pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi istrinya?
Juga tentang kesaksian dr Sosro Husodo saat bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya dilengkapi dengan dokumen-dokumen pendukung serta foto-foto yang akurat.



Hitler yang terkenal sangat bengis di abad ke 20, ternyata bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sampai dengan tahun 1970, yang kemudian tercium oleh Sekutu (AS, Uni Sovyet, Inggris dan Prancis) yang selanjutnya diusut oleh Pemerintah Israel yang terus-menerus mengejar para tokoh Nazi.

Pada tahun 1954 Adolf Hitler masuk ke Indonesia dengan menggunakan nama palsu, dr Poch. Pada awalnya dr Poch tinggal di Dompu lalu pindah ke Bima, selanjutnya pindah ke Kabupaten Sumbawa Besar, kemudian bekerja menjadi dokter di Rumah Sakit Umum Kabupaten Sumbawa Besar. Seluruh penduduk pulau Sumbawa kenal dengan dokter ini, yang di panggil dengan julukan “dokter Jerman”.
Salah satu peninggalan Adolf Hitler meninggal pada tanggal 15 Januari 1970 di Surabaya, yaitu buku catatan kecil berwarna cokelat ukuran 9×16 cm dengan tebal 44 cm.

Di dalam buku itu tertulis puluhan address book teman-teman dan kolega Hitler yang sama, seperti yang ada di sejarah Eropa. Begitu pula tulisan tangan yang dibuatnya dibuku-buku tersebut sangat identik dan mirip dengan tulisan tangan Hitler.

Buku ini mempunyai arti yang sangat besar, karena merupakan salah satu bukti otentik yang menyatakan bahwa “dr Poch” adalah dewa-Nazi, Adolf Hitler.

 
Surat Izin Mengemudi dr Poch saat tinggal di Sumbawa Besar
_________________
Kemudian Hitler bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler.

Tidak lama setelah dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk agama Islam pada tahun 1964, yang disaksikan oleh Ketua Kantor Agama di Sumbawa, (tapi sayang Sulaesih lupa namanya) dan mengganti namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965 Hitler pun menikahinya.
Aries Zulkarnaen, salah satu saksi keberadaan dr Poch pada tahun 2010 lalu mengatakan dokter itu punya dua kepribadian yang bertolak belakang, pemarah namun sering bercanda dengan warga.
“Dia pemarah, banyak memberi resep dengan mulut [menyebutkan nama obat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia bilang, kan sudah saya bilang,” kata Aries.

Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka derita. “Apa kamu doktar?,” kata Aries, menirukan gertakan yang sering diucapkan Poch.


Adolf Hitler (kanan) saat berusia 75 thn di Sumbawa Besar
___________
Ditambahkan Aries, Poch yang dia kenal juga humoris. “Nggak takut guyon dengan masyarakat,” kata dia. Yang paling menonjol dari Poch, ungkap Aries, adalah caranya memandu mobil Jeep kap terbukanya.
“Jalan-jalan di Sumbawa dulu belum bagus, tapi dia memandu dengan satu jari. Luar biasa,” kata Aries.  “Itu tanda-tanda dia bekas tentara,” tambah Aries.

 
Adolf Hitler saat berusia 78 thn, dengan postur tubuhnya yang agak bongkok
______________
Meski tak pernah menyangka bahwa Poch adalah Hitler, Aries mengaku masyarakat memperkirakan dia bekas tentara Nazi.
“Dia sangat bertenaga, kelihatan sekali sifat tentaranya. orang2 saat itu sudah syak dia bekas tentara NAZI,” jelas dia.

Sebelumnya, di Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983 terdapat sebuah artikel tentang Hitler. Penulisnya bernama dr Sosrohusodo, dokter lulusan Universitas Indonesia yang pernah bertugas di kapal yang dijadikan rumah sakit bernama ‘Hope’ di Sumbawa Besar.

Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan dokter tua asal Jerman bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar tahun 1960. Poch adalah pimpinan sebuah rumah sakit terbesar di pulau tersebut. Orang itu diduga Hitler.

Bukti-bukti yang diajukan Sosrohusodo, adalah bahwa dokter tersebut tak bisa berjalan normal. Dia selalu menyeret kaki kirinya ketika berjalan.

 
Foto saat Dr Poch menikah dengan Sulaesih
_______________
Kemudian tangannya, kata Sosrohusodo, tangan kiri dokter Jerman itu selalu bergetar. Dia juga punya misai vertikal mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya botak
Kondisi ini diyakini mirip dengan gambaran Hilter di masa tuanya, yang ditemukan di sejumlah buku biografi sang Fuhrer. Saat bertemu dengannya di tahun 1960, orang yang diduga Hitler berusia 71 tahun.

Menurut Sosrohusodo, dokter asal Jerman yang dia temui sangat misteri. Dia tidak punya lesen untuk jadi dokter, bahkan dia sama sekali tak punya kepakaran tentang kedoktoran.

 
Kutipan Surat Perkawinan Campuran dr Poch dan Sulaesih dari Catatan Sipil.
_____________
Sosro merupakan seorang doktar lulusan Universiti Indonesia. Beliau telah menulis pendapatnya pada satu artikel di Pikiran Rakyat pada 1983. Kemudian pada 1994 saya bertemu dengan Sosrohusodo. Hasil wawancara itu telah dimuatkan didalam Pikiran Rakyat pada 24 Februari 1994 dalam bentuk artikel yang cukup panjang. Artikel itulah yang kemudiannya telah dihebahkan di dunia maya kebelakangan ini. Pertemuan dengan Sosrohusodo ketika itu dilakukan atas permintaannya.
Saya ini sudah tua. Akan tetapi, saya masih memiliki satu beban besar yang hingga kini belum terungkap, yaitu mengenai diktator Jerman Adolf Hitler,” katanya, ketika berbincang di rumahnya yang terletak di Jln. Setiabudhi seberang kampus UPI Bandung. Rumahnya tidak begitu besar, tetapi halamannya cukup luas. Raut gelisah terlihat di wajah Sosrohusodo.
Beliau kemudiannya menunjukkan sejumlah dokumen yang agak lama. Ddokumen tersebut diikat dengan beberapa belit benang. Antara lain ia berisi gambar-gambar lama, yang memperlihatkan seorang lelaki dan perempuan bule warga negara Jerman, paspor, dan buku harian dengan tulisan steno. Terdapat pula foto seorang wanita Sunda, yang dikatakan oleh Sosro sebagai sumber amat penting dan memperkuat teorinya itu.

Lelaki dalam gambar-gambar itu bernama Dr. Poch, ketua sebuah hospital awam di Pulau Sumbawa Besar. Sosro juga sempat berdepan secara langsung beberapa kali dengan Dr. Poch ketika bertugas sebagai pekerja kesihatan di kapal Hope yang dijadikan hospital pada 1960.
Melalui perbincangan tentang masa lalunya dan ciri-ciri fisik, saya semakin yakin Poch bukan orang sembarangan. Saya curiga dialah Adolf Hitler yang misterius itu. Apalagi, dia ditemani seorang perempuan yang menurut saya wajahnya mirip Eva Braun, kekasihnya. Akan tetapi, keyakinan ini saya pendam sangat lama. Hingga saya selesai bertugas di kapal Hope, rasa penasaran itu belum terjawab,” kata pria kelahiran Gundih Jawa Tengah, yang saat itu berusia 63 tahun.
Kaki Kiri Dr Poch Tidak Normal 

Keyakinan dan sekaligus rasa ingin tahu Sosrohusodo muncul kembali, setelah lebih daripada dua puluh tahun kemudian, beliau menemui beberapa maklumat baru. Perkara itulah yang kemudiannya, membuatkan beliau kembali melakukan rekonstruksi pengalamannya, membuka kembali catatan-catatan, dan menterjemahnya dalam bentuk tulisan. Sosro benar-benar tercabar untuk mengungkapkan misteri Dr. Poch. Ketika itu, beliau memperlihatkan sejumlah tulisan yang dibuatnya seperti diktat.

Dari perjumpaannya dengan Dr. Poch, Sosro mengetahui kaki kiri doktor yang berasal daripada Jerman itu tidak normal. Jika Poch berjalan, kakinya mesti diseret. Sementara tangan kiri doktor itu selalu gementar. Misainya dipotong pendek dan hanya tersisa di tengah. Persis seperti yang digayakan pelawak terkenal Charlie Chaplin. Tidak tersisa rambut di kepalanya alias plontos. Jika benar Dr. Poch adalah Hitler, pada saat bertemu Sosro dia berusia 71 tahun. Ini kerana, Hitler dilahirkan pada 1889.
”Saya rasa usianya seperti itu, sesuai dengan penampilan fizikalnya. Saya betul-betul ingat rupa paras fizikalnya, kerana bukan hanya sekali bertemu dengannya dan berbicara tentang hal itu,” kata Sosro.
Hal lain yang membuatkan Sosro berasa hairan, Dr. Poch terbukti tidak memiliki ijazah kedoktoran, tidak memiliki lisen apa pun di bidang kesihatan. Walau bagaimanapun, ternyata beliau mampu memimpin sebuah hospital. Tiap-tiap hari Dr. Poch sering membaluti tubuhnya dengan seragam putih, yakni pakaian khas dunia kedoktoran. Sebagai seorang doktor, Sosro pernah menguji Dr. Poch dengan perbualan mengenai kesihatan.
Poch ternyata tidak menguasai dunia kesihatan, saya tahu itu. Dari percakapannya, dia tidak memahami bidang kedoktoran. Hal ini semakin menjadi misteri. Jadi, siapakah yang mengangkatnya menjadi pemimpin hospital tersebut. Tentu bukan sembarang orang mampu menjadi pimpinan salah satu lembaga penting seperti itu,” kata Sosro.
Pada satu kesempatan berkunjung ke kediaman Dr. Poch, banyak hal dikemukakan doktor tua tersebut yang kemudiannya memperkuatkan lagi dugaan Sosro. Misalnya, ketika ditanya tentang pemerintahan Hitler, Poch secara terang-terangan memujinya. Dia juga menolak anggapan terjadinya peghapusan etnik besar-besaran terhadap orang Yahudi di Kamp Auschwicz. Padahal, dalam sejarah dunia kisah Kamp Auschwicz ini merupakan sebuah kisah lagenda ketika masa kejayaan Nazi.

Poch juga mengaku tidak tahu-menahu, ketika ditanya tentang kematian Adolf Hitler pada 1945 di Berlin. Dia hanya bercerita, keadaan ketika itu benar-benar kacau-balau dan setiap orang berusaha untuk menyelamatkan diri. Dr. Poch seperti cuba mengelak jika ditanya terlalu mendalam mengenai Hitler dan lain-lain hal berkaitan Nazi. Hampir sepanjang perbualan, lelaki tua yang gemar melukis itu, mengeluh tentang tangan kirinya yang gemetar.

Sosro kemudian meminta izin untuk memeriksa saraf ulnarisnya. Ternyata tidak ada kelainan. Demikian pula dengan tenggorokannya baik-baik saja. Ketika itu, Sosro menyimpulkan kemungkinan “Hitler” hanya menderita parkinson, berikutan usianya yang lanjut. Lalu Sosro menyatakan, kemungkinan penyakit itu terjadi kerana trauma psikis.
Dugaan saya langsung diiyakan Poch. Saya terkejut juga. Tetapi, ketika saya tanya dengan lebih jauh sejak bilakah beliau menghidapi penyakit itu, Poch malah bertanya kepada isterinya dalam bahasa Jerman. “Ini terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moskow. Ketika itu, Goebbels mengatakan bahawa kau (Dr Poch) memukul meja berkali-kali. ujar isterinya seperti diberitahu oleh Sosro.
Siapa Goebbels? Apakah yang dimaksud adalah Joseph Goebbels, wartawan yang banyak membantu gerakan Nazi yang kemudiannya menjadi Menteri Propaganda ketika pemerintahan Hitler?
Tidak ditahui kebenarannya atau bagaimana, beberapa kali isterinya memanggil Poch dengan sebutan ‘Dolf’. Apakah ini merupakan nama singkatan dari ‘Adolf’ atau bukan, saya tidak begitu pasti. Namun, itulah yang saya dengar,” katanya.
Tulisan Di Majalah 'Zaman'
Pertemuan Sosrohusodo dengan “Hitler” diselebungi dengan banyak kebetulan. Kebetulan pertama, ketika beliau bertugas di Kapal Hope. Kebetulan kedua terjadi pada tahun 1981, setelah lebih dari 21 tahun, pengalaman bertemu dengan Poch terpendam dalam benaknya dan dicatatkan pada buku hariannya, seorang saudaranya datang berkunjung ke Bandung dan menunjukkan majalah Zaman edisi No. 15 Januari 1980. Pada majalah tersebut, terdapat sebuah artikel yang ditulis oleh Heinz Linge, bekas orang kanan Hitler, berjudul “Cerita Nyata Hari Terakhir Seorang Diktator”.

Tulisan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh Try Budi Satria. Sambil menunjukan majalah Zaman, Sosro menerangkan, dalam tulisan itu, Linge menceritakan tentang peristiwa 'bunuh diri' Hitler dan Eva Braun. Tulisan itu turut menerangkan tentang kedudukan fizikal Hitler ketika itu.
Beberapa perenggan dalam tulisan itu membuatkan jantung saya berdegup kencang, seperti menyedarkan saya kembali. Sebab di situ, ada ciri-ciri Hitler yang juga saya temukan pada diri si doktor tua Jerman. Apalagi setelah saya membaca buku biografi Hitler. Semuanya ada kesamaan,” jelas ayah kepada empat orang anak ini.
Heinz Linge menulis,
Beberapa orang di Jerman mengetahui bahawa Fuhrer sejak itu, jika berjalan, akan menyeret kakinya, iaitu kaki kiri. Penglihatannya juga sudah mula kurang jelas serta rambutnya hampir sama sekali tidak tumbuh. Kemudian, ketika perang semakin mencapai kemuncaknya dan Jerman berada dalam keadaan yang terdesak, Hitler mulai menderita penyakit kejang urat“.
Selain itu, tangan kirinya juga mula gementar semasa berlakunya pertempuran tentera NAZI di Stalingrad yang tidak membawa kejayaan pada tentara Jerman, dan Hitler juga sukar untuk mengatasi tangannya yang gemetar itu. Di akhir artikel itu, Linge menulis,
"Tetapi aku bersyukur bahawa mayat dan kuburan Hitler tidak pernah ditemukan”.
Sosrohusodo semakin ghairah untuk mengungkap misteri Dr. Poch.

Buku Harian Misterius Tentang Kisah Pelarian Nazi

Sosrohusodo menemui fakta menarik dalam buku harian bersaiz saku milik Dr. Poch. Dalam buku lusuh tersebut, ratusan alamat orang asing yang tinggal di berbagai negara di dunia ditemui. Pada beberapa halaman lagi, terdapat coretan tangan yang 'sulit' dibaca. Dibahagian lainnya terdapat tulisan steno. Semuanya berbahasa Jerman.
Lihat, ini catatannya. Buku ini banyak berbicara dalam usaha pembongkaran tentang tokoh misteri Poch. Memang tidak mudah, tetapi saya tercabar. Mungkin ini hanya soal waktu,” kata Sosro sambil membuka halaman-halaman buku kecil itu.
Memang tidak ada kesan jelas identiti pemilik buku itu. Hanya, ada beberapa 'kod' terdiri atas angka-angka yang tidak jelas maknanya. Pada sampul depan bahagian dalam, tertulis kodJ.R. KePaD No. 35637 dan 35638, dengan masing-masing nombor ditanda dengan lambang biologikal lelaki dan perempuan.
Ini menguatkan lagi dugaan saya, buku itu adalah milik dua orang yang saya yakini sebagai Hitler dan Eva Braun. Mereka cuba merahsiakan identiti serapat yang mungkin, tetapi masih terdapat ruang-ruang yang membawa pada hakikat sebenarnya,” jelasnya.
Sementara nama-nama negara yang tertulis dalam buku itu antara lain ialah Pakistan, Tibet, Argentina, Afrika Selatan dan Itali.

Di salah satu halamannya, terdapat tulisan yang dalam bahasa Indonesia bererti “Organisasi Pelarian. Tuan Oppenheim pengganti Ny. Kruger. Roma Sardegna 79a/1. Ongkos-ongkos (kos) untuk perjalanan ke Amerika Selatan (Argentina)“.

Lalu, ada satu nama dalam buku saku tersebut yang sering disebut-sebut dalam sejarah pelarian orang-orang Nazi, iaitu Prof. Dr. Draganowitch, atau ditulis juga sebagaiDraganovic. Di bawah nama Draganovic, tertulis Delegation Argentina da Imigration Europa – Genua Val Albaro 38. Secara terpisah, dibawahnya lagi tertera tulisan Vatikan. Di halaman lain pula, ada tertera Draganovic Kroasia, Roma via Tomacelli 132.

Sosro kemudiannya menunjukan majalah Intisari terbitan Oktober 1983, yang memuat tokoh Klaus Barbie alias Klaus Altmann, bekas anggota risikan Jerman ketika zaman Nazi. Di situ tertulis satu alamat Val Albaro. Disebutkan pula bahawa Draganovic memang memiliki hubungan rapat dengan Vatikan Roma. Profesor inilah yang telah membantu pelarian Klaus Barbie dari Jerman ke Argentina. Pada 1983, Klaus diekstradisi dari Bolivia ke Perancis, negara yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 1947.
Masih banyak alamat dalam buku ini yang belum saya ketahui, kebenaran kaitannya dengan Nazi. Saya juga sangat berhati-hati tentang hal ini, sebab ia juga membabitkan negara-negara lain. Saya masih perlu bekerja keras menemukan semuanya. Saya yakin jika nama-nama yang tertera dalam buku kecil ini adalah para pelarian Nazi,” katanya.
Perjalanan 'Pelarian' Hitler Dalam Tulisan Steno
Setelah menerima buku catatan harian Dr. Poch dari Ny. S, Sosrohusodo hairan ketika perlu menterjemahkan bahagian yang bertulis dengan huruf steno. Dia bertanya dengan beberapa orang yang memahami tentang stenografi. Namun, mereka kurang memahaminya, kerana model steno itu jarang digunakan pada masa sekarang.
Akhirnya saya menulis surat pada penerbit buku steno di Jerman, meminta bantuan mereka. Selang beberapa waktu kemudian datang jawapan, steno yang contohnya saya kirimkan itu merupakan stenografi Jerman yang sudah ’kuno’. Namanya sistem Gabelsberger dan sudah lebih dari 60 tahun tidak digunakan lagi,” jelas Sosrohusodo.
Meskipun demikan, pihak penerbit berjanji akan mencari orang yang merupakan ahli steno Gabelsberger. Ternyata penerbit itu menepati janjinya, dengan mengirimkan terjemahan steno itu ke dalam bahasa Jerman. Lalu Sosro menerjemahkannya ke dalam bahasa Indonesia.

Judul catatan itu kurang lebih, “Keterangan Singkat tentang Pengejaran Perorangan oleh Sekutu dan Penguasa Setempat pada Tahun 1946 di Salzburg“. Salzburg adalah nama bagi kota di Austria. Di dalam catatan itu antara lain tertulis, “Kami berdua, isteri saya dan saya, pada tahun 1945 di Salzburg“.
Eva Braun (kiri) dan Adolf Hitler (kanan)
Memang tidak diterangkan secara jelas identiti “kami berdua” dalam catatan tersebut. Tetapi, yang jelas tersirat mereka berdua berada dalam satu 'ancaman'. Antara lain mungkin diburu oleh CIC (United States of America Secret Official).
Pokoknya, catatan itu menggambarkan penderitaan orang yang diburu oleh pihak berkuasa,” jelas Sosrohusodo.
Selain itu, terdapat pula abjad yang ditulis dengan huruf besar secara 'terang'. Jika diurutkan, kemungkinan ia merupakan perjalan pelarian kedua-duanya. Huruf-huruf itu adalah B, S, G, J, B, S, R. Menurut Sosro, cara singkatan tulisan seperti itu merupakan kebiasaan Hitler ketika membuat catatan. "Kebiasaan ini ditemui dalam karya sastera lain yang saya baca,” ujarnya.

Sosro kemudiannya menterjemahkan dan mengaitkannya dengan kemungkinan perjalanan pelarian Hitler. Kedua-dua mereka memulakan pelarian dari B yang bererti Berlin, ke S (Salzburg), G (Graz), J (Jugoslavia), B (Beograd), S (Sarajevo) dan R (Roma). Roma, menurut Sosro, ialah kota terakhir di Eropah yang menjadi tempat pelarian kedua orang itu (Hitler dan Eva Braun). Kemudian, mereka telah keluar dari Eropah lalu menuju sebuah tempat bernama Pulau Sumbawa.

Sosro membacakan hasil terjemahan dari catatan harian itu,
"Pada hari pertama di bulan Disember, kami mesti bertolak ke R untuk menerima surat paspor yang kemudian berjaya membawa kami meninggalkan Eropah". Keterangan ini sesuai dengan data pada paspor Dr. Poch yang ada menyebut, paspor bernomor 2624/51 diberikan di Rom (tanpa huruf akhir a). Pada catatan buku itu, nama Dragnovic dikaitkan dengan Roma.
Sosro kembali menunjukkan majalah Zaman edisi 14 Mei 1984 ketika membahaskan tentang Berlin dan Salzburg. Menurutnya, sejarah telah mencatat peristiwa jatuhnya pesawat yang membawa surat-surat rahsia Hitler di sekitar Jerman Timur pada tahun 1945.

Kenyataan ini menjadi petunjuk pada perjalanan pelarian mereka mengenai pelarian Hitler, Sosrohusodo menyimpan kisah yang didengarinya daripada masyarakat Sumbawa. Masyarakat di sana bercerita, pada satu ketika, mereka melihat munculnya kapal selam dari laut yang disusuli dengan pendaratan sebuah kenderaan berbentuk bulat.
Saya mendengar cerita ini dari mulut ke mulut. Saya tertanya-tanya, apakah ini ada kaitan dengan kemungkinan perlarian Hitler menggunakan kapal selam dari Eropah ke perairan Sumbawa? Tidak begitu jelas. Tapi ia bukan sesuatu yang mustahil” katanya.
Sosro sangat yakin, orang besar dan penting Hitler memiliki pengikut yang setia. Mustahil jika mereka (NAZI) tidak memiliki strategi keselamatan ke atas pemimpin tertinggi mereka. Apatah lagi sekarang diketahui beberapa dakwaan terdahulu mengenai kematian Hitler, belum dapat dipastikan.
Jadi, bukan sesuatu yang mustahil jika pengikutnya memilih Pulau Sumbawa di Indonesia. Sebab ketika itu Indonesia boleh dikatakan sebagai wilayah yang masih terbuka untuk dijadikan tempat persembunyian. Lokasi Pulau Sumbawa juga begitu jauh dari benua Eropah,” ujarnya beralasan.
Sosro turut bercerita mengenai pengakuan Nyonya S berkaitan dengan hal itu. Suatu hari suaminya mencukur misai sama seperti misai Hitler, S kemudiannya bertanya mengenai persamaan misainya itu dengan misai Hitler. Poch malah mengiyakan bahawa dirinya adalah Hitler. “Tapi jangan bilang sama siapa-siapa,” begitu Sosro mengutip ucapan Nyonya S.

Sosrohusodo mungkin seorang yang teguh memegang amanah. Hal itu terbukti ketika dia menutup rapat-rapat kepanjangan nama Nyonya S. Dia hanya mendedahkan identiti lengkapnya dalam bentuk gambar-gambar dan nama tempat Babakan Ciamis.

Sekurang-kurangnya terdapat dua gambar yang menunjukkan hubungan suami isteri antara Nyonya S dan Dr. Poch. Gambar yang dihasilkan di Sumbawa itu disebut Sosro sebagai gambar 'saat keduanya melangsungkan pernikahan di pendopo kabupaten'. Penggunaan pendopo sebagai tempat hajatan menunjukkan kedudukan Dr. Poch yang dihormati di kalangan masyarakat setempat.

Pada gambar itu, terlihat Dr Poch sudah semakin tua, memakai 'suit' yang agak besar, kemeja putih bertali leher dan berkacamata. Sementara Nyoya S pula, mengenakan kebaya putih, berkain batik dan sanggul beruntai bunga yang jatuh di dada kanannya. Tangan kanannya memegang kipas. Gambar mereka diabadikan dalam posisi berdiri.

Sementara pada gambar yang satu lagi, Dr. Poch dan Nyonya S duduk di kerusi. Sementara di belakang mereka berdiri tiga lelaki muda. Jika senyum, kelihatan senyuman di bibir S, sementara di kedua-dua gambar ini, wajah Dr. Poch agak serius. Menjelang pernikahan itulah, kata Sosro, kononnya Dr. Poch menukar agamanya menjadi seorang Muslim. Dr Poch kemudian menggantikan namanya dengan nama Djamaluddin. Mereka kemudiannya telah berpindah ke Surabaya.

Namun nama barunya sebagai seorang mualaf itu seakan tidak digunakan. Hal itu boleh dilihat pada makam Dr Poch di Pemakaman Umum Ngagel UtaraJalan Bung TomoSurabaya. Pada batu nisannya, tertulis nama G. A. Poch. Kebelakangan ini barulah saya (penulis buku) tahu G.A. adalah singkatan daripada Georg (tanpa ”e”) Anton.

Dalam buku tulisan Ir KGPH Soeryo Goeritno bertajuk Hitler Mati Di Indonesia Rahasia Yang Terkuak dalam bab 5, dinyatakan tentang pengakuan Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia sememangnya Hitler yang sebenarnya, The Fuhrer. Di dalam bab ini juga terdapat pernyataan Stanlin, bahawa yang ditemui mati di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler yang asli. Dibahagian akhir buku ini juga diceritakan bagaimana akhirnya diktator itu meninggal di Indonesia.

Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan dimana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun. Di Konferensi Postdam tahun 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak ditemui. Stanlin juga mendakwa, The Fuhrer ini lolos dan telah melarikan diri ke Sepanyol atau tempat lain di Amerika Latin. Dan tidak berapa lama selepas itu, terdapat khabar angin yang mengatakan Hitler mungkin telah menggunakan kapal selam untuk ke sebuah pulau.

Tapi tiada sesiapa pun yang tahu nama dan lokasi pulau yang dimaksudkan itu. Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya bahawa seorang pemimpin Nazi yang sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, hingga akhir hayatnya di Surabaya dan telah dimakamkan di pemakaman umum Muslim di Ngagel

wallahualam~