Tuesday, August 15, 2017

AYAM PERCIK MATTAI NS

Image result for ayam percik


Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 

Bahan Perap:



5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
madu
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
1 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Sedikit Bahan perasa (kiub)
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
Madu
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.





Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.









Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.

Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Monday, August 14, 2017

RESEPI DAGING BULGOGI

Image result for youn's kitchen

Minggu lepas duduk rumah layan channel 395, tengok cerita Korea tajuknya Youn's Kitchen. Cerita Realiti TV, artis Korea buka kedai makan di Bali. Menu pilihan Bulbogi. Ada Nasi Bulbogi, Mee Bul gogi dan Burger Bulgogi. Jadi nak cuba masak Bulgogi.


DAGING BULGOGI
BAHAN-BAHAN:
  • 350gm daging | dihiris nipis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar bijan | disangai
  • 1 pokok daun bawang | dipotong halus
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa

CARA MEMASAK:
  1. Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.
  2. Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.
  3. Masukkan daging lembu dan sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak untuk menambah rasa dan memberi warna dalam hidangan anda. Biarkan masak. Anda tidak perlu letakkan minyak. Ini merupakan keindahan memasak Bulgogi kerana ianya masak dalam jus sendiri.
  4. Balik-balikkan daging biar masak sekata. Biarkan sehingga sos perapan mengering.
  5. Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.

korean4