Thursday, August 9, 2018

Kisah Bilal Bin rabah

Kisah Sedih Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana perasaan beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. Kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

(Ada satu sumber menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. Mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. Diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. Apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat. Mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal ,bertanyakan kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut.


Adakah kita semua mempunyai perasaan sedemikian seperti Bilal Bin Rabah r.a terhadap Rasulullah? 
Renung2kan bersama.
BILAL BIN RABAH : “WALAU HITAM, TETAPI DIA MANUSIA BERTAQWA”
cerita adzan, muadzzin pertama, kalimat azan, kasiat azdan, kelebihan azan, dosa orang yang tidak mendengar azan, hukum menjawab azan, semua tentang azan, cara agar terhindar dari azab kubur, adab azan, ghairu muadzin, hikayat, syahadah, kumpulan hadis nabi.

Kejayaan kepimpinan Nabi yang meletakkan asas ketaqwaan dan keadilan dalam pemerintahan Islam di Madinah, menyebabkan ramai yang meniru. Disamping kebijaksanaan Nabi SAW berstrategi, melahirkan kejayaan Nabi SAW dalam menjadikan Makah sebagai negara yang menerima Islam.

Ketika berlaku sejarah Fath Makkah (baca : pembukaan kota Makkah), ramai yang memeluk Islam. Tindakan Nabi SAW mahu meruntuhkan berhala-hala di keliling kaabah, mendapat sambutan dan dokongan majoriti rakyat Makkah ketika itu.

Setelah selesai berhala-berhala diruntuhkan, Nabi SAW mengarahkan bilal bin Rabah melaungkan kalimah kebesaran Allah SWT. Maka, bilal pun naik di atas bumbung Kaabah, lalu memulakan laungan azan, sebagai tanda kejayaan menyeru manusia kepada keadilan dan ketaqwaan. Juga, kejayaan menyeru semua manusia mencapai darjat kemuliaan dalam kehidupan abadi, iaitu syurga yang diidam-idamkan.

Ketika bilal memulakan azan, orang-orang munafiq melihat kepada bilal dengan penuh kebencian.

“mujur bapaku telah mati sebelum melihat kejadian pada hari ini” berkata ‘Itab bin Asid kepada Al-Haris ketika melihat bilal sedang melaungkan azan di atas bumbung Kaabah.

Sambil ketawa, Al-Haris bin Hisyam berkata, “apakah Muhammad kekurangan manusia untuk dijadikan tukang azan? Mengapa Muhammad memilih gagak hitam ini sebagai tukang azan?” penghinaan Al-Haris terhadap bilal dilakukan dihadapan ‘Itab bin Asid.

Mereka ketawa terbahak-bahak selepas penghinaan yang mereka lakukan terhadap bilal.

Kejadian ini sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, seterusnya Allah menurunkan ayat ke 13 dari surat Al-Hujurat yang berbunyi;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
“Wahai Manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu kenal satu dengan yang lain. sesungguhnya orang yang paling mulia adalah orang yang paling taqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal”

(Surah Al-hujurat : 13)

Penurunan ayat ini, sebagai memberitahu kepada mereka yang berbangga dengan kulit mereka yang putih, agar tidak memberi kehinaan kepada manusia lain yang berkulit hitam, sepertimana yang dilakukan oleh Al-haris bin Hisyam dan ‘Itab bin Asid terhadap bilal bin Rabah, kerana kemuliaan itu bukan kerana warna kulit, tetapi disebabkan ketaqwaan seseorang itu kepada Allah.

ASAL MANUSIA

Sesungguhnya manusia semuanya berasal dari Adam, sedangkan adam dari tanah. Dari sudut kejadian, manusia adalah sama, tidak kira apa bangsa, puak atau agama mereka.

Mereka dimuliakan oleh Allah SWT disebabkan mereka berasal dari tanah. Perkara ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي ءادَمَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak adam”

(Surah Al-Isra’ : 70)

Daripada Adam, datang pula hawa. Kedua-duanya ditempatkan oleh Allah ke dalam Syurga, tetapi memandangkan ada perintah Allah yang dilanggar, menyebabkan mereka dicampak keluar ke dunia.

Semasa hidup didunia, bermulalah kehidupan bermanusia. Dari adam dan hawa, lahirnya ramai manusia dengan kepelbagaian cara, kehendak, rasa, bertutur dan warna kulit.

Justeru, jadinya manusia itu berbangsa-bangsa. Di sana wujud manusia berbangsa arab, cina, india, Melayu, Siam dan banyak lagi. Daripada bangsa-bangsa itu pula, lahirnya puak-puak dan kabilah-kabilah, seperti lahirnya orang melayu jawa, melayu banjar, melayu malaysia, arab mesir, arab yaman dan berbagai-bagai puak.

Kejadian manusia yang kepelbagaian bangsa dan puak ini, merupakan satu nikmat daripada Allah SWT. Dengan kepelbagaian bangsa, orang melayu dapat mengenali kebudayaan hidup bangsa cina; orang cina dapat mengenali kebudayaan orang melayu. Begitujuga india, arab, siam dan berbagai-bagai lagi.

Kepelbagaian manusia itu, dinyatakan oleh Allah SWT bukan sekadar wujudnya sahaja, malah disuruh oleh Allah SAW agar dikenali satu dengan yang lain. Mengenali di sini, tidak cukup mengenali nama, tempat tinggal dan sebagainya, tetapi yang paling penting adalah, mengenali kebudayaan hidup yang sama sekali tidak mempunyai kesamaan antara satu dengan yang lain.

Lihatlah bangsa cina yang tidak mempunyai kebudayaan hidup yang sama dengan kebudayaan hidup bangsa melayu. Begitujuga dengan india dan selainnya. Perbedaan ini, perlu dikenali agar terlahirnya keserasian dalam hidup sebagai manusia atas muka bumi Allah SWT.

ISLAM TIDAK MENOLAK BUDAYA

Perlu diingat, Islam bukan satu agama yang anti-budaya. Sebarang budaya yang tidak bercanggah dengan Islam, maka itu diterima, malah boleh dijadikan sebagai kepunyaan islam juga.

Baju melayu yang merupakan pakaian orang melayu. Adalah sekali-kali tidak pernah pun kedengaran bahawa arab memiliki pakaian seperti baju melayu. Pun begitu, waimma Nabi SAW bukan berbangsa melayu, tetapi baju melayu telah disinonimkan dengan pakaian umat Islam.

Dari ini membuktikan bahawa, islam bukan agama yang menolak budaya. Pun begitu, tidak dinafikan bahawa di sana wujud budaya yang bercanggah dengan islam, maka ia wajib ditolak.

Seperti kebudayaan sembah pantai, main puteri, wayang kulit berunsur lucah dan banyak lagi. Ini kerana, kebudayaan ini mempunyai unsur kepercayaan yang karut dan khurafat; yang susah hendak diterima dengan pandangan akal yang sihat.

NASAB, ANTARA PUNCA KESOMBONGAN

Jika diperhatikan kepada kandungan ayat 13 dari surat al-hujurat, kita akan terfikir, mengapa Allah SWT sengaja menyebut tentang nasab, tetapi tidak menyebut tentang harta?

Harta merupakan perkara yang boleh didapati dengan usaha. Tanpa usaha - secara mantiqnya - orang itu tidak dapat menjadi kaya. Dengan kata lain, kemuliaan dengan harta tercapai dengan cara usaha manusia itu sendiri.

Adapun nasab atau keturunan, ia merupakan satu ketetapan dari Allah SWT. Manusia yang berasal dari keturunan Abu Jahal, sudah pasti tidak boleh menukar keturunannya kepada keturunan Nabi. Orang yang berketurunan melayu, tidak dapat untuk menukar keturunannya kepada keturunan cina dan selanjutnya.

Justeru, Allah ingin nyatakan bahawa, sesuatu keturunan bukanlah penentu terhadap kemuliaan sesuatu kaum, tetapi penentuan kemuliaan itu adalah disebabkan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Manusia yang bertaqwa, sudah pasti tidak menganggap dirinya terlebih mulia disebabkan bangsa dan keturunannya. Ia juga, tidak menjadikan keturunannya sebagai modal untuk dia memberikan kehinaan kepada keturunan lain.

Malah, walau manusia itu mempunyai warna kulit yang tidak cantik, tetapi mempunyai ketaqwaan terhadap Allah yang tinggi, maka ia pasti akan menjadi manusia yang termulia berbanding manusia yang mempunyai kulit yang cantik tetapi tidak bertaqwa.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda;

إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم

Maksudnya;
”Sesungguhnya Allah tidak akan melihat rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu”
Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar, bahawa Nabi SAW bersabda;

انظر، فإنك لست بخير من أحمر ولا أسود إلا أن تفضله بتقوى


Maksudnya;
”Lihatlah! Sesungguhnya kamu tidak menjadi mulia dengan sebab warna merah, dan warna hitam melainkan kamu dilebihkan kerana ketaqwaan”
TIADA KUFU’ KERANA BANGSA?

Dari ini, jelas bahawa sebarang kufu’ dalam sesuatu perkahwinan tidak dilihat kepada warna kulit, keturunan dan harta. Tetapi, kufu’ yang wujud dalam islam adalah kerana agama sahaja.

Justeru, seseorang lelaki dari bangsa melayu, dibenarkan untuk berkahwin dengan perempuan yang berbangsa cina dengan sebab kesamaan agama. Begitujuga, melayu dari negeri Kelantan, tidak menjadi halangan untuk berkahwin dengan melayu dari negeri kedah dan selanjutnya.

KESIMPULAN

Tidak ada faedah dijadikan asas perjuangan itu dengan merujuk kepada bangsa, keturunan, kepuakan, perkauman, kebangsaan, kedaerahan, keulamakan, keprofesionlan dan sebagainya. ini kerana, semua perjuangan tersebut tidak melahirkan nilaian berharga disisi Allah SWT.

Tetapi, perjuangan yang sebenar adalah, perjuangan dalam menaikkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Apabila disebut taqwa, orang melayu boleh jadi taqwa; orang india boleh jadi taqwa; orang cina boleh jadi taqwa; profesional boleh jadi taqwa; ulama boleh jadi taqwa dan seterusnya.

Justeru, perjuangan ketaqwaan perlu diusahakan. Kerana, ia sahaja yang akan menjadi nilai disisi Allah SWT.

Sekian


Wallahu ’Alam

Thursday, May 31, 2018






Peristiwa Besar yang terjadi dalam bulan Ramadhan.


Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat islam, tetapi juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

1. Pembebasan Mekkah (Fatkhul Makkah)


Pembebasan Mekkah (bahasa Arab: فتح مكة, Fathu Makkah) merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 tepatnya pada tanggal 10 Ramadan 8 H, di mana Nabi Muhammad (S.A.W)  beserta 10.000 pasukan tentera islam bergerak dari Madinah menuju Mekkah, dan kemudian menguasai Mekkah secara keseluruhan tanpa pertumpahan darah sedikitpun, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaa'bah.

Image result for gambar kaabah lama


Penyebab

Pada tahun 628, Quraisy dan Muslim dari Madinah menandatangani Perjanjian Hudaybiyah. Meskipun hubungan yang lebih baik terjadi antara Mekkah dan Madinah setelah penandatanganan Perjanjian Hudaybiyah, 10 tahun gencatan senjata dirosakkan oleh Quraisy, dengan sekutunya Bani Bakr, menyerang Bani Khuza'ah yang merupakan sekutu Muslim. Pada saat itu musyrikin Quraisy ikut membantu Bani Bakr, padahal berdasarkan kesepakatan damai dalam perjanjian tersebut dimana Bani Khuza'ah telah bergabung ikut dengan Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam  dan sejumlah dari mereka telah memeluk islam, sedangkan Bani Bakr bergabung dengan musyrikin Quraisy.


2. Bulan Diturunkan Al-Quran

 
Beberapa hari yang ditentukan itu adalah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para ulama Muffasirin dan Muhadithin mencatatkan bahawa Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf yaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul sebelum bulan ramadhan.


3. Peristiwa Perang Badar

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah terjadi perang pertama dalam Islam yang dikenali dengan nama Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam memilih lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang ada di situ.

Perang ini melibatkan tentera islam sebanyak 313 anggota berhadapan dengan 1.000 tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam perang ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan.

Perang ini adalah suatu yang luar biasa kerana ketika tentera Islam yang kurang jumlahnya, lemah dari sudut kelengkapan dan berpuasa  pula dalam bulan Ramadhan tetapi menang dalam pertempuran tersebut. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti akan dibantu oleh Allah. Allah menegaskan dalam surah Ali 'imran ayat 123 sampai 125.

"Sesungguhnya Allah membantu kamu dalam perang badar, sedangkan pada waktu itu kamu orang yang lemah(kerana sedikit bilangan dan kurang alat kelengkapan). Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)."

4. Peristiwa Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W ke Tabuk

Berlaku beberapa peperangan  dalam peristiwaTabuk pada bulan Rejab tahun 9 hijrah. Baginda keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali ketika bulan Ramadhan. Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Secara tepatnya, peperangan di Tabuk memakan masa selama 20 hari sahaja. Manakala bakinya berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan yang terakhir yang diikuti oleh Baginda s.a.w. Peristiwa ini telah diberitahu kepada kita melalui kitab al rahiq al Makhtum, karangan al Mubarakfuri, pada halaman 517.


5. Islam Sampai ke Yaman

Yaman terletak di selatan semenanjung tanah arab. Nabi Muhammad(S.A.W) salallahu alaihi wasallam  mengutus Ali bin Abi Thalib dengan membawa surat Baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam periode satu hari, semua mereka memeluk agama islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu terjadi pada bulan Ramadhan tahun ke-10 hijrah.


6. Khalid bin Walid Meruntuhkan Berhala Al ‘uzza

Setelah umat islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad(S.A.W) menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaa'bah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, Baginda mengirim Khalid al Walid untuk memusnahkan patung al 'Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan arab jahiliyah, al 'Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat arab saat melafalkan sumpah. Khalid al walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke nakhla lalu menghancurkan patung al 'Uzza. Setelah itu, penyembahan patung pun berakhir.


7. Penyerahan Kota Taif

Kota Taif pernah mencatat sejarah ketika penduduknya mengusir nabi Muhammad(S.A.W)  saat berdakwah di sana. Setelah Baginda dan umat islam berhasil membebaskan Mekah, kaum bani Thaqif bersikap keras  dan tidak mau tunduk kepada Baginda. Nabi Muhammad(S.A.W)  dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam waktu lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah di bulan Ramadhan tahun ke-9 hijrah dengan menyerahkan kota Taif sebagai tanda menyerah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

8. Pembebasan Andalusia (Sepanyol)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu mulai tahun 711 sampai 1492 Masehi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dikirim pemerintahan Bani Umayyah untuk menawan Andalus. Tariq memimpin armada islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Setelah pasukan islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentara Islam agar mereka tidak berpikir untuk mundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan mengasaskan peradaban yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

9. Peperangan Zallaqah di Portugal


Peristiwa ini terjadi setelah subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 hijrah. Ketika itu, terjadi kebangkitan dinasti Murabit di Afrika utara. Gabenor  Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin untuk memerangi Al Fonso vi. Tentera Kristian yang dipimpin oleh Al Fonso vi yang berjumlah 80.000 tentera berhasil dikalahkan. Dalam waktu yang singkat Sultan Yusuf berhasil menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat islam. Setelah itu,Dinasti Murabittin berdiri sejak 1090 sampai 1147 Masehi.

10. Tentera Islam Mengalahkan Tentara Monggol
Related image

Sehingga tahun 1405 Masehi, kaum monggol melebarkan penaklukannya hampir semua benua Asia. Menurut catatan, penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jenderal tentera Monggol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh lebih sejuta rakyat negara yang dikalahkan. Penaklukan mereka menjangkau sampai ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentara pimpinan jenderal Hulagu Khan merempuh kota baghdad yang menjadi kemegahan dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, banyak umat islam terbunuh dan banyak buku karangan ulama  islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam karena tinta.Pada 15 Ramadhan 658 hijrah bersamaan 1260 Masehi, tentara Islam bangkit membuat serangan balas. Tentara islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestine  setelah monggol menguasainya. Kedua pihak bertemu di 'ain jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera islam meraih kemenangan dan berhasil menawan kitbuqa noyen, seorang leftenan kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan untuk menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dieksekusi. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa saat monggol yang terkenal dengan kegagahannya itu  akhirnya kalah pada tentara islam.

11. Peperangan Yakhliz


Pada 15 ramadhan 1294 hijrah, tentera Islam dinasti Uthmaniyah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentara Rusia yang berjumlah 740,000. Sebanyak 10.000 tentera Rusia tewas dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat islam mempertahankan agama yang diancam oleh pemerintah Tzar di Rusia.

12. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel


Dalam sejarah modern, terjadi Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 hijrah bersamaan 6 Oktober sampai 22 atau 24 Oktober 1973 Masehi. Perang Yom Kippur, juga dikenal sebagai perang Arab-Israel 1973, perang Oktober, dan perang Ramadhan.

Ia adalah sebagian dari konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, terjadi perang enam hari antara israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu, israel berhasil menduduki bukit Golan, Syria di utara dan Semenanjung Sinai, Mesir di selatan hingga ke kanan Suez. Setelah itu, Israel membangun barisan pertahanan di Sinai dan bukit Golan. Pada tahun 1971, israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika untuk membangun benteng dan kerja tanah raksasa yang dinamai garis bar lev sempena nama jenderal israel, Haim ber lev.
Israel bermegah dengan kubu bar lev yang didakwa 'tidak dapat ditawan' karena memiliki kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera islam berhasil merebut benteng itu sekaligus mengalahkan israel. Antara peristiwa menarik dalam perang ini adalah peranan  seorang sarjana islam merangkap sebagai imam masjid kota Suez al marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang memimpin operasi peperangan.

Ia menggantikan posisi ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk kota Suez berhasil mengasak tentera israel yang terpaksa mundur sampai terpaksa menyerahkan semenanjung sinai dan bukit Golan.

13.  Kemerdekaan Indonesia 


hari kemerdekaan Indonesia 17 Ogos 1945 juga berlaku pada bulan  Ramadhan


Wednesday, March 14, 2018

Image result for resepi mee siput sup

Sup Mee siput 

Bahan-Bahan:

5 keping mee siput - di rendam 1/2 jam
1 keping isi ayam - potong kecil
6 batang crabstick - di potong 3 setiap satu
10-12 biji - chicken meatball - dipotong 2
1 batang karet - dihiris serong
1 cawan - kubis bunga - dipotong
1 biji bawang besar - di dadu halus
4 ulang bawang putih - dicincang halus
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 kiub ayam maggie
1.2 liter air - boleh tambah kalau nak lebih kuah
garam secukup rasa.
untuk hiasan
Bawang goreng dan daun sup hiris (lupa nk letak)

Cara:

1. Mee siput yang diremdam tadi di celur sebentar dalam air panas hingga lembut, toskan dan ketepikan dahulu.
2. Masuk kan air dalam periuk letakkan bawang yang di dadu halus tadi serta bawang yang dicincang, masukkan sekali kiub ayam, rebus hingga sup mendidih masukkan pula isi ayam yang di potong dan hirisan karet.
3. Bila ayam dan karet agak empuk masukkan pula chicken meatball, crabstick dan kobis bungga.  Perisakan dengan garam secukupnya dan lada sulah. Masak sekejap hingga bahan2 dalam sup masak elok dan padamkan api.
4. Untuk hidangkan masukkan sedikit mee siput yang dicelur tadi ke dalam mangkuk curahkan sup berserta isinya dan taburkan dengan bawang goreng serta daun sup hiris.  Makan panas2 kalau ada sambal kicap cili api pun sedap...selamat mencuba

Tuesday, January 23, 2018

Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Rangup


Bahan-bahan

1 bungkus tepung beras
1 bungkus kecil jintan manis - kisar kasar
1 bungkus kecil jintan putih - kisar kasar
1 bungkus kecil biji ketumbar - kisar kasar
100 gram Ikan bilis - dibelah dua
1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)
1 sudu teh kapur makan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu teh gula
1/2 kilo kacang tanah atau lebih..
minyak untuk goreng terendam

Cara-cara menyediakan rempeyek kacang tanah ikan bilis rangup


1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering. Kalau lembap nanti kacang tanah kurang rangupnya.

2. Basuh rempah-rempah dan kisar kasar. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan santan lagi.

4. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng 

5. Ok. Bila nak mula menggoreng, buat satu mangkuk bancuhan yang lain untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak pekat/mendap, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa.

6. Ambil sesudu bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam sudu. Layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri. Biar adunan melorot ke dalam minyak.
 
 
 
 
 
 
7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan.

8. Bila kacang telah garing, boleh lah diangkat dan ditoskan rempeyek tersebut. Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara @ tin.


Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Rangup


Tips rempeyek rangup:


1) Fungsi air kapur/kapur makan itu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing. 

2) Jika tak suka letak ikan bilis, bolehlah letakkan kacang tanah sahaja semasa proses menggoreng rempeyek dilakukan. 


Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Rangup

Rempeyek Kacang Tanah

3) Saya suka lakukan proses menggoreng rempeyek dua kali. Caranya?  Selepas seminit, terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Kemudian angkat dan toskan. Keadaan rempeyek sekadar lembap dan masak. Kemudian biarkan dalam 3-4 jam, letakkan dalam dulang besar. Setelah itu barulah goreng rempeyek kacang tanah itu semula. Bila telah garing dan cantik warnanya, angkat dan toskan. Macam biasa, api kena jaga, jangan besar sangat. Selepas sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Dengan melakukan proses menggoreng rempeyek 2 kali ini, rempeyek kacang tanah lebih rangup dan lazat.