Thursday, August 25, 2016

Tips tanggalkan Road Tax pada cermin kenderaan


Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang kali.

Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.

Selepas setahun, "road tax'' berkenaan perlu ditanggalkan semula. Masalahnya mula tibul, "Road Tax" dah tanggal, gam pula melekat di cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.

Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsikan satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila "Road Tax" ditanggalkan.

Berikut adalah perkongsian beliau.


Rendam kain dengan air panas.


Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul "Road Tax" yang hendak ditanggalkan.


Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.


Selepas 5-10 minit. tanggalkan "Road Tax" berkenaan perlahan-lahan.



Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.


SELAMAT MENCUBA!!

Monday, August 22, 2016

Pagi semalam Puan Norhazura belanja barang-barang dapur kat pasar borong Selangor... macam macam dia beli... Ketam, Kupang, Udang laut, Udang Galah, Ikan Tenggiri, dan kerang ... jadi hari ni cadang nya nak masak kupang.



KUPANG/KEPAH/LALA GORENG BERLADA

BAHAN
1-2kg kupang/kepah/lala
10-15 tangki lada kering
(nk pedas blh tambah lagi)
2 biji bwg besar
1" halia
3-4 biji bwg putih
3 btg serai
(1 btg lagi utk dititik)
garam secukup rasa
1 cwn air
serbuk perasa (jika suka)

CARANYA
Cili kering, bwg besar, bwg putih, 2 btg serai & halia - diblender

Tumis semua bahan yg telah diblender tadi dgn sedikit minyak sehingga garing & naik minyak
kemudian masukkan 1 btg serai yg dititik tadi - digaul rata
masukan sedikit garam & serbuk perasa & 1 cwn air tadi
masukkan kupang dan dikacau rata
**Biarkan sehingga masak/mendidih dan kuahnya agak kering/pekat sedikit
(Kalau nk kuahnya betul2 kering pun boleh, ikut citarasa masing2..)
Siap & boleh dihidang..!

Tuesday, August 16, 2016



Cara Buat Mi Rebus Johor
( Resepi Mi Rebus Hj Wahid )
Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid
Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata,
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Monday, August 15, 2016










Masa berbuka di Gemencheh, pertama kali makan shell out... memang best... anak-anak pun suka. Jadi sama-samalah kita cuba resepi ni ye...
 Resepi Shell Out
 Bahan untuk pes:
Cili kering – direbus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Asam keeping (anggaran 2-3 keping)
Cara membuat pes:
Kisar semua bahan kecuali asam keeping.
Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping.

Cara memasak ketam:
  1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
  2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
  3. Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
  5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
  6. Siap dimasak.

Cara memasak udang:
  1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
  2. Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
  3. Masak hingga kering sedikit
  4. Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.

Cara memasak sotong:
  1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
  2. Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
  3. Masak menggunakan kuali non stick.
  4. Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
  5. Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.

Cara penyediaan sayur dan dressing:
  1. Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
  2. Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island

Hidangkan kesemua makanan di atas kertas parchment paper atau plastik dan nasi jika mahu. Mudah saja membuatnya. Sesuai untuk hidangan famili. Gerenti puas hati makan masak sendiri. Kenyang dan lebih jimat. Pencinta seafood perlu cuba hidangan ini.


Tuesday, August 9, 2016

Cara-Cara Membuat Ikan Siakap Bakar Petai


Cara-Cara Membuat Ikan Bakar istimewa yang aku ubah suai daripada menu masakan Resepi Ana bakar Petai. kalau nak tahu betapa sedapnya menu ni mesti cuba. Pada aku amat sedap dan memang ada kelainan dari segi rasanya kerana kombinasi rasa petai yang dicampur dengan serai dan halia...pergh terangkat habis...Jom kita ke dapur


Ikan Siakap Bakar Petai


Bahan-Bahannya:


Bawang Merah, bawang Putih, Halia, Kunyit, cili padi, serai, daun limau purut, dan petai



Aluminum Foil



Ikan siakap



Cara-Cara Membuatnya:


Bahan-bahan utama ni perlu dibersihkan dan dipotong kecil agar senang hancur apabila diblend nanti


Petai dibelah dua



Ikan siakap diperap dahulu dengan sedikit garam



Bahan-bahan tadi terus diblend 
sehingga  lumat (kalau nak warnanya cantik masukan sedikit cili kering atau giling


Blend sampai jadi macam ni



Kemudian panaskan minyak


Apabila minyak sudah panas masukan bahan-bahan yang telah diblend tadi


Tumislah sehingga garing atau minyak naik



Daun limau purut dicarik-carikkan



Goreng sampai jadi macam ni tau



Apabila bahan tumis tadi telah naik minyaknya masukan daun limau purut dan petai


sekejap je tau

Kacau sebati


Ok boleh padamkan api. Tapi jangan lupa ya masukan gula, garam, dan serbuk perasa. Sekali rasalah ya...kalau dah expert ok campak-campak je...


Ikan tadi diletakkan di atas Aluminum Foil


Tuangkan bahan tumis tadi di atas ikan kemudian balutkan



Macam ni lah rupanya



Kemudian teruslah bakarkan di atas dapur gas (guna kuali pembakar) selama setengah jam tetapi disamping itu, ikan itu juga perlu dibalik-balikkan



Sudah masak. Tunggu masa je nak tunjuk hasilnya



Ten... teten...  yummm... baunya menusuk hidung amat menyelerakan


Yummy... makan dulu ya...jangan tak cuba


Selamat beramal dan renung-renungkan.




Wednesday, June 15, 2016

MI SIAM BERKUAH @ MI SIAM SINGAPURA..

rsz_mi_siam_singapura


rsz_mi_siam_singapura2



rsz_mi_siam_singapura1

Ia seperti mi hoon goreng biasa tapi dihidangkan bersama kuah yang dicampur taucho, air asam jawa dan kacang tanah tumbuk untuk memberi rasa lemak, tak lupa sedikit santan juga dimasukkan sekali. Kebiasaan kuahnya tidak terlalu pekat, tapi disebabkan ada campur kacang tanah, lama kelamaan, ia akan pekat secara semulajadi. Rasa manis, masam, lemak dan sedikit masin perlu ada. untuk peringatan, masa memasak kuah, garam anda harus jaga, rasa dulu baru letak itu pun kalau perlu, sebab taucho sudah masin. Masa bila pulak nak tuang kuah dia?...Bila anda nak makan, tuangkan kuah serta hiaskan dengan bahan2 sampingan. Mi siam macam ni 'pantang' kalau takde limau kasturi, kurang menendang rasanya nanti...S

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 - 200 gram mi hoon, rendam hingga lembut
2 genggam taugeh (atau secukupnya)
1 cekak kucai, dikerat2 dalam 1 inci
1 camca besar sos tomato
1 senduk nasi penuh cili kisar
150 gram udang saiz kecil, kupas kulitnya, cuci dan rebus kulit udang tadi, ambil air rebusannya
1 biji bawang besar saiz sederhana*
5 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan*
Secubit belacan, dibakar*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 camca besar tauco, lecek hingga hancur
3/4 camca teh pes asam jawa
1 batang serai, diketuk
2 keping hirisan lengkuas, diketuk
1 liter air rebusan kulit udang
2 camca besar kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan (kalau guna santan kotak, 2 camca besar dah ok)
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur, direbus dan belah 2
Tauhu goreng, dihiris
Hirisan daun bawang
Timun, dihiris memanjang
Limau kasturi, dibelah 2
Sambal tumis, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK MI SIAM :- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali yang ada baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata. 
  2. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan tambah mi hoon dan gaul hingga rata, masak hingga mi hoon lembut, guna api sederhana. Tambah taugeh dan kucai, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  3. UNTUK KUAH MI SIAM :- Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama2 dengan taucho, serai titik, lengkuas dan pes asam jawa. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK MI SIAM BERKUAH @ MI SIAM SINGAPURA :- Cedok secukupnya mi siam goreng ke dalam pinggan sesuai. Tuang kuah secukupnya. Hias dengan telur rebus, tauhu goreng, hirisan daun bawang, timun dan perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan. Kalau suka pedas anda boleh tambah sambal tumis...Selamat mencuba!!!.

Tuesday, August 4, 2015

Selamat Ulangtahun Isteriku



Duhai isteriku

Terima kasih diri ini ungkapkan atas kesabaran dan keteguhan hatimu melayari bahtera kehidupan kita bersama. Terima kasih yang mendalam dari hati ini atas ketabahanmu mendidik anak-anak kita, Emir Danial, Emir Emran, Emir Haduan dan Eryna Dinee yang semakin membesar dengan kasih sayang dan kecerdasan iman yang kita curahkan

Duhai Isteriku
Saat ini, aku merupakan keutamaan bagimu selepas Allah dan Rasulmu. Wajib engkau mematuhiku selama mana aku tidak menyuruhmu untuk melakukan sesuatu yang menjadi larangan Tuhan. Hiasilah wajahmu dengan senyuman kerana senyumanmu itu penambat hatiku. Jagalah tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku. Fahamilah aku, kerana aku hanyalah seorang lelaki biasa yang tiada keistimewaan dihadapan Tuhanmu dan Tuhanku. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak sering melakukan kesilapan. Tatkala itu maafkanlah aku. Redhalah hatimu kerana aku ditakdirkan Allah untukmu

Ya Allah,
jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah,
hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah,
Kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu.

Ya Allah,
izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Ya Allah, berkatilah kami.


Buat Isteriku Tercinta, Norhazura Hamzah Sempena Ulangtahun Perkahwinan Kita ke 13….