Sunday, November 16, 2014

IKAN TAHAI

IKAN TAHAI

'Dadah' adalah panggilan untuk masakan daripada ikan tahai - sejenis ikan salai daripada 
spesis ikan Aur-Aur atau ikan Tamban, yang amat popular di Lawas, kawasan paling utara 
di Sarawak. 

Masak air ikan tahai atau lebih dikenali sebagai 'dadah' di kalangan penduduk Lawas 
dipercayai boleh menyembuh pelbagai jenis penyakit termasuk untuk memulihkan kesihatan
 ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan. 




Untuk pengetahuan ,harga Ikan Tahai adalah mengikut musim. Apabila tiba musim Tahai,
ia di jual dengan harga RM7 - RM8 sekilo. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual 
hingga mencecah RM28 sekilo. 

Masyarakat Melayu-Brunei di Awat-Awat mengamalkan masakan 'dadah' ini untuk makanan
 setiap kali selepas bersalin dan ia benar-benar berkesan.


Bagi sambal ‘dadah’ pula,  ia diperbuat daripada ikan tahai yang ditumbuk, lada, asam jawa, 
garam, gula dan cili boh. 

Selain untuk makan nasi atau nasi lemak, sambal itu juga sedap dimakan dengan roti, 
lemang atau ketupat/kalupis. 

Dadah dan sambal dadah ini popular bukan saja di Daerah Lawas, malah juga di daerah
 berhampiran iaitu Limbang, malah turut diminati rakyat negara jiran, Brunei Darussalam. 

Ini kerana perkampungan Awat-Awat terletak hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan
 bot dari Muara Brunei dan 45 minit jaraknya dengan bot dari Labuan, jika menaiki bot 
60 kuasa kuda. 


 Ikan tamban/tahai yang disusun sedia untuk disalai

Proses Menyalai ikan tahai
Sambal Ikan Tahai
 













Bahan-bahannya
 

1/2 kilo Ikan Tahai Salai ( Ikan Aur-aur/Ikan Tamban )
1 cawan cili kering ( ditumbuk halus )
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
sedikit gula & garam
Sedikit asam jawa
Sedikit garam,gula dan ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
Kupaskan kulit Ikan Tahai dan tumbuk separuh halus.
Tumiskan bawang merah & bawang putih yang dikisar hingga garing.
Masukkan cili yang dikisar dan biar sampai terbit minyak.
Masukkan air asam jawa, gula & garam dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan ikan yang ditumbuk tadi dan masak hingga sambalnya melekit.

Tips :
Sesuai untuk dimakan dengan nasi,ketupat, kelupis,lemang dan roti.
Ia juga sedap untuk dimakan dengan nasi lemak.

No comments:

Post a Comment