Thursday, April 28, 2011

Pengalaman Seram Part3

Hari kedua,
Hari kedua aku di daerah ini. Cuaca pagi memang amat menceriakan. Udara pendalaman memang menyegarkan.  Rasa seronok pulak duduk rumah lama ni. Dah la besar ada perabot pulak tu. Tapi bila malam yang aku tak tahan.
Hari ni aku mendaftar diri. Pengarah bertanya kepada aku, macamana keadaan rumah semalam. Aku jawab ok. Dia bertanya nak cari rumah lain tak. Aku jawab , tidak perlu, saya suka rumah itu. Pengarah mengatakan jangan buat keputusan terlebih dahulu. Tinggal dulu 2 atau 3 hari. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
Hari ni aku keluar rehat bersama kawan-kawan baru. Semua nampak peramah. Menu aku Laksa Sarawak. Memang best.  Mereka juga bertanya keadaan dirumah tersebut. Ada yang mencadangkan aku cari rumah di kawasan Perumahan berdekatan. Di jalan Punang kata mereka. Macam ada yang dirahsiakan dari ku. Masa yang terluang aku pergi beli Radio. Bukan apa aku nak cari siaran dari Brunei, dengarnya ada satu siaran yang menyiarkan bacaan Al-Quran 24 jam.  Aku beli juga senaskhah Yassin untuk aku baca nanti.
Petang….lebih kurang jam 5.00 aku baru selesai membaca Yaasin. Air Yassin yang telah akau baca aku renjiskan disekeliling rumah. Itupun atas nasihat tunangku. Mudah-mudahan aku tidak diganggu apa-apa lagi malam nanti. Jam 6 aku ke Pejabat, sembahyang magrib di surau. Lagipun kawan-kawan baru aku nak ajak makan malam.
Jam 9.00 malam….baru balik makan. Aku pelik kenapa kawan aku hantar aku sampai di bawah bukit sahaja. Kenapa tidak menghantar aku sampai ke hadapan rumah. Lepas tu bila aku ajak naik ke rumah semua beri alasan. Macam ada apa-apa je.  Aku masih di depan rumah, memerhatikan rakan-rakanku meninggalkan aku. Nampaknya aku sorang lagi malam ini. Perlahan-lahan aku naik kedalam rumah. Berat rasanya hatiku. Bila ku masuk ku lihat kipas terpasang. Aku rasa dah tutup sebelum akau keluar petang tadi. Yang lebih menghairankan aku kenapa ada tingkap yag terbuka. Aku dah tutup semua tadi. Aku pergi ke tingkap yang terbuka tu untuk menutup kembali. Tingkap tu mengadap ke hutan, janganlah ada benda benda lain muncul dari tingkap ni pula.  Tiba-tiba aku terdengar bunyi pinggan jatuh didapur….. 

Kemudian aku tiba-tiba nampak seperti ada benda melintas...laju seperti kelibat...bewarna putih. 

No comments:

Post a Comment