Monday, August 15, 2016










Masa berbuka di Gemencheh, pertama kali makan shell out... memang best... anak-anak pun suka. Jadi sama-samalah kita cuba resepi ni ye...
 Resepi Shell Out
 Bahan untuk pes:
Cili kering – direbus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Asam keeping (anggaran 2-3 keping)
Cara membuat pes:
Kisar semua bahan kecuali asam keeping.
Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping.

Cara memasak ketam:
  1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
  2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
  3. Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
  5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
  6. Siap dimasak.

Cara memasak udang:
  1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
  2. Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
  3. Masak hingga kering sedikit
  4. Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.

Cara memasak sotong:
  1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
  2. Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
  3. Masak menggunakan kuali non stick.
  4. Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
  5. Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.

Cara penyediaan sayur dan dressing:
  1. Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
  2. Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island

Hidangkan kesemua makanan di atas kertas parchment paper atau plastik dan nasi jika mahu. Mudah saja membuatnya. Sesuai untuk hidangan famili. Gerenti puas hati makan masak sendiri. Kenyang dan lebih jimat. Pencinta seafood perlu cuba hidangan ini.


No comments:

Post a Comment