Friday, May 26, 2017

ARI MANTAI / MOGANG DI NEGERI SEMBILAN 

TAK lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.


Itu yang dapat digambarkan mengenai Hari Mantai yang begitu sinonim dengan adat dan budaya masyarakat di Negeri Sembilan. Walaupun ia masih dipraktikkan sempena menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, mahupun Aidiladha, namun hanya sebilangan sahaja yang masih mengamalkannya.

Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin. Bagi orang ramai yang bukan berasal dari negeri itu, pastinya mereka tertanya-tanya apakah itu Hari Mantai. Ini kerana perkataan itu jarang sekali didengari, apatah lagi diketahui oleh sebahagian besar masyarakat negara ini.

Mantai dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan ataupun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Kemeriahan majlis itu tidak hanya membabitkan acara bergotong-royong melapah daging tetapi melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti membakar lemang, menyediakan rendang, ketupat dan sebagainya.







Menurut orang tua-tua, aktiviti atau adat memantai ini bermula dari kegemaran orang negeri sembilan yang suka sangat makan daging lembu atau kerbau. Daging-daging ni kalau dibuat rendang memang sedap. Lagipun Rendang dahulu boleh simpan lama kadang-kadang hingga sebulan. Jadi boleh lah dibuat lauk untuk buka puasa.



Amalan mantai ni sebenarnya adalah salah satu cara untuk mendapatkan bekalan daging mentah oleh kerana dulu kat kedai takde freezer. Daging dan kebau ini binatang yang besar, dan kalau disembelih untuk makan anak beranak saja tentulah berlebih-lebihan dan membazir kerana tiada tempat untuk simpanan daging mentah. Jadi mereka berpakat-pakat  satu kampung berkongsi untuk membeli lembu atau kerbau untuk disembelih dan dibahagi kepada semua. Maka merasa la semua makan daging pada bulan puasa atau pada hari raya. 

Tapi sekarang dah takde amalan berkongsi-kongsi  nak beli lembu lagi. Mereka beli kat pasar je. banyak yang jual. Tapi mantai tu tetap dipanggil mantai kerana kebesaran dan sambutan hari-hari tersebut dan kerana amalan bergotong-royong memasak sesama keluarga masih dikekalkan.

No comments:

Post a Comment