Thursday, June 9, 2011

Serunding Daging

RESEPI SERUNDING DAGING





BAHAN-BAHAN
  • 1kg Daging Batang Pinang ( part ni daging paling lembut )
  • 1 bijik kelapa yang diambil santan pekatnya 
  • Cengkih/bunga lawang/kayu manis ikut suka
  • 3 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak


Bahan A ( Blender A )
  • 2 bijik bawang besar
  • 1 ‘labu’ bawang putih ( labu – keseluruhan sebiji bawang putih, bukan seulas )
  • 20 Biji cili kering – ikut kepedasan yang diinginkan


Bahan B ( Blender B )


  • 3 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar rempah ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 6 batang serai
  • 3 inci halia


CARA MEMBUATNYA


  1. Potong daging sebesar 2 inci dan rebus sehingga air kering. Siat Halus. Tumis sedikit bawang merah/putih beserta cengkih/lawang/kayu manis. 
  2. Masukkan Bahan A dan B yang telah dikisar a.k.a diblender dan santan pekat kedalam kuali dan panaskan sehingga garing. 
  3. Kemudian, masukkan daging, garam, gula dan sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga kering.




Proses ini mungkin memakan masa sehingga 1-2 jam kerana api perlahan dan serunding perlu betul2 kering supaya tahan lama dan lazat serta enak dimakan. Tak leh berhenti kacau serunding sebab boleh hangus dan jadi tak rata.

Istana seri Menanti

Istana lama (the old palace of) Seri Menanti...

Dari replika istana di Rembau seperti terpapar dalam artikel Replika istana (The palace replica of Raja Melewar) kita beralih sekitar 70km ke Seri Menanti. Mari! :]
From the palace replica in Rembau as potrayed in the article Replika istana (The palace replica of Raja Melewar) we move some 70km to Seri Menanti. Come! :]


Di tengah bandar diraja Seri Menanti (sebenarnya sebuah pekan kecil tetapi mendapat keistimewaan kerana menjadi tempat bersemayam Yam Tuan Besar Negeri Sembilan) terdapat istana lama ini...
Right in the middle of the royal town of Sri Menanti (actually it is a special village but with the special privilege of being the main place of residence for the Yam Tuan or ruler of Negeri Sembilan) there exist this old palace...

Maklumat yang terpapar menyebut ia siap dibina 1908. Tetapi ada percanggahan tarikh ia mula dibina pada maklumat ini. Versi Melayu menyebut tahun 1905, versi Inggeris 1902!
The information shown said it was completed in 1908. But here, there is a contradiction in the year it was supposed to be built. The Malay version says 1905, the English 1902!
Apapun, sampai masa untuk melihat ke dalam...
Whatever, come the time to see inside...

Hmm... Biar dilihat luarnya dahulu daripada beberapa sudut... Hmm... Let us have a look at it first from some angles outside...

Pandangan hadapan istana. Oh... Untuk makluman ia telah dijadikan muzium diraja...
A look at the front of the palace. Oh... For information it has been converted into a royal museum...

Gambar singgahsana lama diraja. Adapun kebanyakan pameran lain yang terdapat lebih menekankan keluarga diraja sekarang yang saya rasa terlalu keBaratan. Maaf...
A picture of the old royal throne. As it turns out, the majority of the exhibits inside concentrate on matters relating to the present royal family which I feel is too westernised. Sorry...

Ini pula gambar laman hadapan. Sebenarnya saya bercadang untuk mengambil gambar ini dari tingkat tertinggi istana kerana pernah naik ke situ dalam beberapa lawatan sebelum ini. Ternyata jalan naik ke atas kini dikunci. Sekian...
This is a picture of the front yard. Actually I was thinking of taking the picture from the highest floor of the palace as I've been up there in a few previous visits. As it turned out, the way leading up is now locked. That's all...