Minggu lepas duduk rumah layan channel 395, tengok cerita Korea tajuknya Youn's Kitchen. Cerita Realiti TV, artis Korea buka kedai makan di Bali. Menu pilihan Bulbogi. Ada Nasi Bulbogi, Mee Bul gogi dan Burger Bulgogi. Jadi nak cuba masak Bulgogi.
DAGING BULGOGI
BAHAN-BAHAN:
- 350gm daging | dihiris nipis
- 2 sudu besar kicap masin
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar madu
- 1/2 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar bijan | disangai
- 1 pokok daun bawang | dipotong halus
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
- 1/2 sudu kecil serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.
- Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.
- Masukkan daging lembu dan sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak untuk menambah rasa dan memberi warna dalam hidangan anda. Biarkan masak. Anda tidak perlu letakkan minyak. Ini merupakan keindahan memasak Bulgogi kerana ianya masak dalam jus sendiri.
- Balik-balikkan daging biar masak sekata. Biarkan sehingga sos perapan mengering.
- Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.