Thursday, May 5, 2011

ANAK-ANAK KITA SELEPAS 53 TAHUN MERDEKA

Jemaah Islam dituntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu disekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga didalam masyarakat dan generasi Islam sejati didalam negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak dan berperanan ditengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu mereka membetulkannya dengan petunjuk Al-Quran.

Cerita seram- Hari keempat

Pagi tersebut aku agak kurang sihat. Namun aku tetap ke pejabat ..maklumlah baru masuk kerja takkkan nak cuti pulak. Hari ni aku melawat seluruh kawasan hospital. Sempat jugak aku berbual dengan beberapa kakitangan dan pegawai di hospital. Pada petang tersebut aku berjumpa dengan kawan-kawan da bahagaian emergency. Hari ni dia orang agak sibuk kerana ada beberapa kes emergency. Namun mereka sempat berjanji nak ajak aku makan malam nanti…..mesti aku setuju.
Jam 8 malam aku dah berada di ruang menunggu hospital. Perut dah terasa lapar…..mana dia orang ni janji jam 7.45 malam. Tapi aku terus sabar ni. Dalam menunggu tiba-tiba aku ternampak mereka berkereta dari rumah ku. Salah seorang dari mereka bertanya dah lama turunke.  Aku jawab dari jam 7 tadi.
Mereka bertanya kenapa tak tahan kereta masa dia orang lalu depan hospital.  Aku jawab mana namapak kereta lalu. Lepas tu mereka bercerita. Mereka kata dalam jam 7.15 mereka dah sampai didepan rumahku. Mereka memanggil aku..dan aku menyahut..tunggu jap. Lepas tu mereka terus tunggu sampai  jam 8 malam…tapi aku tetap tak turun dari rumah….bila mereka panggil lagi tiada jawapan. Lepas tu mereka turun…tengok aku ada kat bawah…..Aku cakap mana ada aku masa tu…..jadi siapa yang mereka panggil dan siapa yang menyahut panggilan mereka.

Semasa makan aku cuba bertanya kepada mereka. Ada ke apa-apa  yang tak kena pada rumah tu. Mereka tak menjawab. Cuma mereka cakap kalau boleh cari rumah lain…sebab rumah tu jauh dari pekan. Aku hanya menggangguk je….malas nak tanya lagi.
Malam tu bila balik ke rumah…aku lihat kipas diruang tamu dah terpasang…aku cuba mententeramkan diriku dengan membaca bebrapa ayat Al-quran.  Pada malam ni aku rasakan benda itu pasti akan mengganas lebih teruk lagi. Andaian ku memang benar.  Bisik hatiku kau nak buat apa buatlah yg penting jangan tunjukkan muka. Beberapakali aku terdengar suara paip air dibuka didapur. Beberapa kali pula mata aku ternampak seperti benda melintas di kiri kanan ku …tapi bila berpaling ia tiada…Aku tak kemana-mana hanya duduk dikatil. Nak keruang tamu takut….nak ke dapur takut……aku membaca yassin berulang-ulang sampai tertidur…….  

Kematian OSAMA...Pengganas atau Pejuang

"Salam perjuangan,

azlanBerita kematian Osama bin Laden telah pun diketahui umum setelah ia diumumkan oleh pihak Amerika yang mendakwa telah berjaya membunuh Osama di Paskistan. Walaupun beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Pengganas nombor 1 dunia iaitu Amerika meragukan dengan menyiarkan gambar 'super impose' dan mendakwa terpaksa mengkebumikan jenazah Osama di lautan namun buat masa ini dunia menerima berita kematiannya secara terbuka namun masih lagi menanti kesahihannya.

Sebagai seorang yang beragama Islam, apapun tindakan Osama lakukan dia masih lagi manusia seagama dengan saya.

Justeru janganlah terikut-ikut dengan suara dan kenyataan Amerika kerana mereka sebenarnya lebih ganas. Jangan lupa bagaimana tindakan Amerika menyerang negara-negara Islam dan bersekutu dengan Israel laknatullah.

Bersama ini, saya sertakan dua kenyataan pemimpin tertinggi PAS dan UMNO yang dibuat khusus kepada kematian Osama Laden. Kenyataan Mursyidul Am PAS pada hemat saya melanbangkan beliau adalah pemimpin Islam tetapi kenyataan Najib seolah-olahnya beliau sealiran dengan Amerika.


Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama

Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.


Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama

Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.


Al-Fatihah....