Berita kematian Osama bin Laden telah pun diketahui umum setelah ia diumumkan oleh pihak Amerika yang mendakwa telah berjaya membunuh Osama di Paskistan. Walaupun beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Pengganas nombor 1 dunia iaitu Amerika meragukan dengan menyiarkan gambar 'super impose' dan mendakwa terpaksa mengkebumikan jenazah Osama di lautan namun buat masa ini dunia menerima berita kematiannya secara terbuka namun masih lagi menanti kesahihannya.
Sebagai seorang yang beragama Islam, apapun tindakan Osama lakukan dia masih lagi manusia seagama dengan saya.
Justeru janganlah terikut-ikut dengan suara dan kenyataan Amerika kerana mereka sebenarnya lebih ganas. Jangan lupa bagaimana tindakan Amerika menyerang negara-negara Islam dan bersekutu dengan Israel laknatullah.
Bersama ini, saya sertakan dua kenyataan pemimpin tertinggi PAS dan UMNO yang dibuat khusus kepada kematian Osama Laden. Kenyataan Mursyidul Am PAS pada hemat saya melanbangkan beliau adalah pemimpin Islam tetapi kenyataan Najib seolah-olahnya beliau sealiran dengan Amerika.
Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama
Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".
Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.
Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama
Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.
Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.
Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment