Thursday, January 2, 2014

Resipi: Kupang berlada bersama cheese



Ini percubaan pertama masak kupang yang lain dari yang lain. Sebelum ni kalau kupang biasanya saya rebus...lepas tu suruh org rumah masak sambal. Tapi biasanya orang rumah sibuk nak masak...jadi tak dapat rasa yang fresh.

Akhirnya cuba sendiri



Bahan-bahan:

Kupang - 1kg (dibasuh) 
Mayonis - 4 sudu makan
Mentega - 2 sudu makan
Cheese - dua atau tiga keping

air - 1 Gelas MLTelur ayam - sebiji

UNTUK DIKISAR

Bawang putih 3 ulas 
serai - 2 batang
bawang besar - 1 atau 2 biji
Halia - 1 cm
cili padi - 10 - 15 batang

habatus Saudah - secubit
minyak zaitun - 1 sudu

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dengan api perlahan,
2. Masukkan bahan yang telah dikisar, biarkan sehingga naik bau.
3. Masukkan kupang
4. Masukkan air
5. Masukkan Cheese(hancurkan dulu)
6. masukkan telur ayam(kacau sehingga sebati) 















Yang ni gambar lain.

DOA LEPAS SOLAT





Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.