Wednesday, April 27, 2011

Pengalaman Seram Abah

Hari Pertama,
Saya pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Lawas. Walaupun baru menunjukkan jam 5 petang namun keadaan sudah begitu petang. Maklumlah waktu Maghrib disini pun jam 6.00 petang. Badan rasa letih...dari Kuching ke Miri kemudian ke Lawas. Lawas Bahagian paling utara di Sarawak bersempadan dengan Sabah. Dengarnya orang Lawas kalau shopping pergi ke Kota Kinabalu...maknanya dekat la tu
Airport lawas memang kecil. hanya untuk pendaratan Kapal terbang twin otter. Aku disambut oleh dua orang lelaki..seorang berbangsa Cina dan seorang berbangsa Melayu.















Selepas mengambil aku di airport mereka terus menghantar aku ke hospital. Katanya buat masa ni aku akan transit di quarters hospital.

Amacam bos ok tak rumah ni, ni rumah untuk doktor ni? Kata Chief Edward kepada ku. Aku memerhatikan sekeliling.  Lokasi rumah agak menarik ada dua rumah sahaja di atas bukit.  Dari tempat ku berdiri jelas aku dapat melihat kawasan hospital, suasana Pekan dan sungai yang agak lebar. Memang cantik tempat ini, tapi agak sunyi.
“Dah lama ke rumah ni kosong”. Tanya ku kepada Abang Alias, pemandu yang menjemput ku dari airport sebentar tadi.  “Rumah ni asalnya rumah untuk doctor, tapi dia orang tak tinggal kat sini. Dia orang sewa kat luar. Jadi Pengarah buat rumah ni tempat transit kalau ada orang kursus.” Jawab abang Alias.
Aku mengangguk tanda faham. Aku memerhatikan sekeliling rumah, agak sunyi keadaannya. Di belakan rumah macam ada hutan tebal. Kami bertiga terus naik kerumah tersebut. Rumahnya agak besar, dua tingkat. Binaan batu campur papan Di tingkat bawah ada bilik untuk orang gaji. Memang besar, nak main badminton pun boleh.

rumah yang diduduki oleh saya berada diatas bukit (nampak bumbung sahaja)

Kami naik ke tingkat atas. Wah, ada tv, kerusi tamu, Peti sejuk, dapur, ada 4 bilik tidur, Bilik Air ada dua. Memang besar….tapi aku tinggal seorang diri dan yang agak menggusarkan aku…kenapa Nampak sunyi sangat.
Bos, bos tinggal kat sini dululah….sebab dah nak malam ni….kalau tak ok esok kita cari rumah lain. Oklah saya rasa saya tinggal kat sini sementara waktu.  Mereka bergegas meninggalkan aku seorang diri di rumah tersebut.
Aku rasa tak sedap hati. Tiba-tiba fikiran aku melayang-layang memikirkan cerita-cerita seram yang pernah aku tonton selama ini. Aku teringat malam ni adalah malam Jumaat. Malam Jumaat pertama di daerah yag tak pernah aku sampai sebelum ini. Aku rasa takut……..

No comments:

Post a Comment