Friday, April 29, 2011

Pengalaman seram part 4 dan terakhir

Ah….kat dapur pula…Aku menjenguk ke dapur, tiada pinggan yag jatuh pun. Tapi aku pasti bunyi tersebut dari dapur.  Sekilas pandang aku ternampak  seperti ada bayangan putih di sebelah kanan ku. Aku berpaling ke kanan…tiada apa-apa.
Tapi, tingkap yag baru aku tutup tadi sudah terbuka semula. Meremang bulu tengkuk ku ketika itu. Ini betul-betul menguji aku. Apa yang nak aku buat sekarang. Adakah aku perlu lari meninggalkan rumah itu sekarang. Kalau aku nak ke pejabat aku perlu berlari dalam gelap dan menuruni bukit. Jauh juga tu lebih kurang 100meter.  Kalau hari siang tak pa, ni dah tengah malam.  
Aku mengambil keputusan Masuk ke dalam Bilik. Sambil tu mulut ku kumat kamit membaca beberapa ayat Al-Quran. Masuk ke dalam bilik terus ku menutup pintu. Aku membuka radio, mujurlah siang tadi aku dah setkan siaran radio bacaan Al-Quran. Rasa lega. Aku mencapai telefon bimbit ku cuba menelefon kawan-kawan..tapi tiada line. 
Beberapa seketika aku sudah dapat mengawal diri. Aku bertekad untuk berhadapan dengan apa-apa rintangan. Aku nak duduk rumah ini. Dan tiada sesiapa pun boleh menghalang aku. Aku Kebilik air untuk mengambik Wudhuk. Aku dapat merasakan ada sepasang mata seperti memerhatikan aku. Ahh pedulikan…..Aku bercadang Solat hajat dan membaca Yassin memohon dipermudahkan urusan ku dibumi asing ini. ….sementara itu di dapur berbunyi seperti  orang berlari…..malam itu aku membaca Yasiin berulang-ulangkali sampai tertidur……

Hari Ke ENAM (malam terakhir)

Malam tu seperti biasa aku turun ke kawasan hospital. Selepas keluar makan bersama pemandu aku lepak dan berbual bersama staff hospital. kemudian aku balik ke rumah.

Sepenjang perjalanan aku baca beberapa ayat Quran...terasa seperti jauh perjalanan mendaki bukit. Kalau ikut hati memang taknak balik...tapi aku nak tidur di mana. Sampai ditangga...kaki aku seperti berat. puas aku melangkah tapi masih tidak boleh....tapi akhirnya aku sampai juga ke pintu...

Masa nak buka pintu aku beberapakali salah kunci...aku pun tak tau masa tu...aku nak masuk atau tak nak masuk rumah...akhirnya aku masuk....terus ke bilik air ...ambil wudhuk...

Masa ini lah aku dapat merasakan bahawa benda tu memang semakin mengganas....semasa aku sedang solat...benda tu betul betul berdiri di sebelahku...berpakaian serba putih yang agak kotor...memang rasa nak pengsan.....

selepas selesai memberi salam aku lihat benda tu dah tiada. Aku pun pergi ke katil. tiba tiba aku lihat benda tu sedang bertenggek diatas tingkap....aku dah tak tau nak buat apa....kemudian hilang ...aku baca ayat quran sampai tidur......aku pun tak pasti aku tidur atau tidak...kemudian benda tu dudk di hujung katil.....aku tidur sampai kepagi

Hari ke TUJUH.

Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut....Selepas itu barulah aku tahu tempat tu memang didiami oleh Makhluk halus....Berdasarkan ustaz yang aku jumpa....benda tu memang menginap di rumah tu...dan biliknya ialah bilik yang aku gunakan. kata ustaz tu makhluk tu perempuan....dan dia cuba berkawan dengan aku...

dan kata ustaz tu lagi...sepatutnya semasa aku memagar rumah tu dengan air yassin sepatutnya direnjis dari dalam rumah ke luar rumah...tapi aku buat ..aku terus pagar rumah tu....jadi benda tu terus terperangkap dan mengamuk kerana taj dapat keluar.

Dari kata kawan-kawan  di Lawas aku telah pecah rekod yang paling lama tahan duduk disitu....Walaubagaimanapun rekod tu telah dipecah kan oleh seorg doktor dari Tampin...Dr Mohaziz....dia tinggal disitu bersama isteri dan anak-anaknya....Mengikut apa yang diceritakan loeh doktor dan isteri benda tu memang ada tapi  dia org buat tak paham je.






No comments:

Post a Comment