Monday, May 9, 2011

Episod akhir-Pengalaman Seram

Hari ni hari kelima aku berada di rumah tersebut. Badan terasa penat. Rasanya aku tak larat untuk tinggal di rumah tersebut. Walaupun dari luar nampak selesa tapi bila malam menjelma aku berasa seperti ada benda lain yang turut menghuni rumah tersebut.

Petang-petang lagi aku sudah berada di Ruang menunggu dihospital. Alhamdulillah aku dapat kenalan seorang ustaz yg kebetulan isterinya berad di ward  hospital tersebut. Aku cuba meminta bantuan ustaz tersebut untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku di rumah tersebut. Selepas membawa ustaz itu meninjau keadaan sekeliling rumah, ustaz itu menyatakan tempat tersebut memang di duduki oleh makhluk ghaib. Katanya berkeluarga.tambahnya lagi makhluk itu cuba hendak berkawan dengan ku, dan ia tidak akan dapat membunuh manusia. dan yang penting kewujudannya hanyalah untuk memesongkan aqidah aku supaya lebih takut kepadanya...daripada takut kepada Allah yang Esa. Dia menasihatkan aku supaya bersabar.

Malam itu, aku berjalan balik ke rumah tersebut seorang diri.Kini aku sudah tau jawapan yang sering mengganggu ku. Mulut ku membaca beberapa ayat Quran. Ketika aku melangkah menaiki tangga aku rasakan kakiku begitu berat, seperti ada yang cuba memegang kakiku. Aku cuba perlahan-lahan dan berhasil. Ketika membuka pintu rumah...kunciku pula seperti tersekat...aku dah tak tau nak cakap apaketika itu.badan ku berpeluh.....aku begitu takut.

Selepas beberapakali mencuba akhirnya aku berhasil membuka pintu. Seperti malam sebelumnya...tingkap yang sememangnya telah ku tutup sudah terbuka kembali. Ketika ini memang jelas aku ternampak makhluk itu sedang duduk di tingkap tersebut...seperti memanndang keluar...rambutnya panjang hingga mencecah lantai. Aku terus berlari ke Bilik Air....cuba mengambil Wudhuk. Selepas itu aku terus masuk kebilik cuba untuk menunaikan solat, Masa ini aku dah tak boleh nak berbuat apa lagi. aku betul-betul merayu agar Benda tu jangan menghampiri aku. Selepas solat....aku berdoa...Ya ALLAH hindari lah makluk ini daripadaku......dan makhluk ini betul-betul duduk disebelah ku....aku dapat melihat pakaiannya yang berwarna putih dan rambutnya yang panjang.

Selepas berdoa aku terus duduk diatas katil. Aku cuba Baca Yassin, namun makhluk ini terus menunjukkan diri. Dia terus duduk dihadapan ku....kali ini aku dapat melihat matanyan yg berwarna merah......aku terus duduk di situ sampai aku tertidur....    

No comments:

Post a Comment