Cara Buat Inti Popia Sayur Yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahan
- 1 paket kulit popia ( 50 keping )
- 1 batang timun sederhana besar
- 1 batang carrot sederhana besar
- 1 biji sengkuang cina
- satu gengam udang kering
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 2 biji telur
- minyak untuk menumis
Cara Buat Inti Popia Sayur
- Keluarkan kulit popia siap-siap dari fridge supaya senang kita nak menggunakannya nanti.
- Sagat timun, carrot dan sengkuang dengan gunakan sagat buat kerepek.
- Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar tadi.Kalau ikut saya lagi sedap tumbuk sebab rasa bawang tu asli bila kita masukkan dalam minyak..ikut koranglah kann.
- Kalau dah naik bau bawang yang ditumis tadi, masukkan segala sayur yang disagat tadi.Kalau nak inti yang rangup bila kita makan, tak payah goreng lama-lama.
- Masukkan gula, garam dan perasakan jika suka.
- Pecahkan telur dan gaul sebentar.Tutup api.
- Letak inti sayur yang dah siap goreng tadi dalam bekas bertapis supaya air lebihan dalam inti sayur tadi dapat ditoskan.Senanglah kerja kita nak gulung popia nanti,Kalau tak toskan inti sayur ni, jadi lembiklah popia korang tu dan tak jadi rangup.
- Mulalah gulung popia anda sehingga siap satu paket.
- Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya dia tak terbuka time kita goreng nanti.
Bila buat popia sendiri di rumah, kita boleh letak inti banyak ikut suka kita.hehe.
Langkah Mudah Buat Popia Sayur
cuci bersih timun, buah sengkuang dan carrot.
Ini pulak bahan-bahan mudah buat popia sayur yang saya guna iaitu blend atau tumbuk bawang putih, merah dan ikan bilis.Kalau nak lagi sedap letak udang kering.Kali ini saya buat apa yang ada kat kitchen saya ni je.hhheee. Tak lupa jugak telur 2 biji. yeahh
Orait, yang ini saya dah masukkan sayur yang disagat tadi, Sebelum tu, panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi.
Kalau tak buat macam ni, susah kita nak gulung inti dengan kulit popia nanti.
kulit popia sayur kita.Saya belasah je guna sebiji telur, malas nak asing bagai.haha.
yeahh.. kita dah mula gulung popia sayur, masa nilah ikut suka kita nak letak inti banyak mana kan..mueehee..
Mesti korang dah beli borong kan, buat popia dan segala bagai tu..haha.
Cara Buat Sos Cicah Popia Goreng
Bahan-bahan
- 2-3 ulas bawang putih
- 2 biji tomato (dikisar)
- 1 sudu besar cili kering kisar
- Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan Sos Cicah Popia Goreng
- Tumbuk kasar bawang putih.
- Panaskan minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau.
- Masukkan 1 sudu besar cili kisar ke dalam kuali. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
- Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.
- Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
- Siap!
Selamat mencuba ya!Kalau buat sendiri, bolehlah kita letak inti banyak-banyak kan.Taklah macam sesetengah penjual popia yang bagi inti tauge dan carrot je.huhu.Itupun boleh di kira berapa kerat tauge yang dia masukkan.muehee.
No comments:
Post a Comment