Tuesday, June 6, 2017

POPIAH GORENG



popia goreng inti sayur yang sedap

Cara Buat Inti Popia Sayur Yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahan
  • 1 paket kulit popia ( 50 keping )
  • 1 batang timun sederhana besar
  • 1 batang carrot sederhana besar
  • 1 biji sengkuang cina
  • satu gengam udang kering
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menumis
Cara Buat Inti Popia Sayur
  1. Keluarkan kulit popia siap-siap dari fridge supaya senang kita nak menggunakannya nanti.
  2. Sagat timun, carrot dan sengkuang dengan gunakan sagat buat kerepek.
  3. Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar tadi.Kalau ikut saya lagi sedap tumbuk sebab rasa bawang tu asli bila kita masukkan dalam minyak..ikut koranglah kann.
  5. Kalau dah naik bau bawang yang ditumis tadi, masukkan segala  sayur yang disagat tadi.Kalau nak inti yang rangup bila kita makan, tak payah goreng lama-lama.
  6. Masukkan gula, garam dan perasakan jika suka.
  7. Pecahkan telur dan gaul sebentar.Tutup api.
  8. Letak inti sayur yang dah siap goreng tadi dalam bekas bertapis supaya air lebihan dalam inti sayur tadi dapat ditoskan.Senanglah kerja kita nak gulung popia nanti,Kalau tak toskan inti sayur ni, jadi lembiklah popia korang tu dan tak jadi rangup.
  9. Mulalah gulung popia anda sehingga siap satu paket.
  10. Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya dia tak terbuka time kita goreng nanti.
Bila buat popia sendiri di rumah, kita boleh letak inti banyak ikut suka kita.hehe.

Langkah Mudah Buat Popia Sayur 

cuci bersih timun, buah sengkuang dan carrot.

3 jenis bahan sayuran tadi dah siap sagat.

Ini pulak bahan-bahan mudah buat popia sayur yang saya guna iaitu blend atau tumbuk bawang putih, merah dan ikan bilis.Kalau nak lagi sedap letak udang kering.Kali ini saya buat apa yang ada kat kitchen saya ni je.hhheee. Tak lupa jugak telur 2 biji. yeahh

Orait, yang ini saya dah masukkan sayur yang disagat tadi, Sebelum tu, panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi.

yang ni pulak saya dah gaul rata semua bahan, masa ni boleh jugak pecahkan telur dan gaul rata.

masukkan dalam tapis supaya kita dapat keringkan air yang ada dalam inti popia sayur.
Kalau tak buat macam ni, susah kita nak gulung inti dengan kulit popia nanti.

siap sedia untuk mengulung popia sayur kita. Jangan lupa gunakan telur putih untuk lekatkan
kulit popia sayur kita.Saya belasah je guna sebiji telur, malas nak asing bagai.haha.

yeahh.. kita dah mula gulung popia sayur, masa nilah ikut suka kita nak letak inti banyak mana kan..mueehee..

 Nah, comel je popia sayur akak. time beli kat Tesco, tinggal yang saiz ni je.huhu.
Mesti korang dah beli borong kan, buat popia dan segala bagai tu..haha.
Dah siap! tinggal nak ngap je.hehe.
Cara Buat Sos Cicah Popia Goreng
Bahan-bahan
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan Sos Cicah Popia Goreng
  • Tumbuk kasar bawang putih.
  • Panaskan minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan 1 sudu besar cili kisar ke dalam kuali. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
  • Siap!
Setakat yang saya pernah buat dan makan popia inti sayur ni, memang tahan lama walaupun kita simpan dalam fridge sebab saya tak letak tauge dalam inti tu.Lagi satu tauge biasanya akan kecut kalau kita overcook, jadi memang tak sedaplah kalau tergigit tauge yang dah kecut time makan popia sayur tu kan.

Selamat mencuba ya!Kalau buat sendiri, bolehlah kita letak inti banyak-banyak kan.Taklah macam sesetengah penjual popia yang bagi inti tauge dan carrot je.huhu.Itupun boleh di kira berapa kerat tauge yang dia masukkan.muehee.

Friday, May 26, 2017

ARI MANTAI / MOGANG DI NEGERI SEMBILAN 

TAK lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.


Itu yang dapat digambarkan mengenai Hari Mantai yang begitu sinonim dengan adat dan budaya masyarakat di Negeri Sembilan. Walaupun ia masih dipraktikkan sempena menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, mahupun Aidiladha, namun hanya sebilangan sahaja yang masih mengamalkannya.

Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin. Bagi orang ramai yang bukan berasal dari negeri itu, pastinya mereka tertanya-tanya apakah itu Hari Mantai. Ini kerana perkataan itu jarang sekali didengari, apatah lagi diketahui oleh sebahagian besar masyarakat negara ini.

Mantai dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan ataupun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Kemeriahan majlis itu tidak hanya membabitkan acara bergotong-royong melapah daging tetapi melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti membakar lemang, menyediakan rendang, ketupat dan sebagainya.







Menurut orang tua-tua, aktiviti atau adat memantai ini bermula dari kegemaran orang negeri sembilan yang suka sangat makan daging lembu atau kerbau. Daging-daging ni kalau dibuat rendang memang sedap. Lagipun Rendang dahulu boleh simpan lama kadang-kadang hingga sebulan. Jadi boleh lah dibuat lauk untuk buka puasa.



Amalan mantai ni sebenarnya adalah salah satu cara untuk mendapatkan bekalan daging mentah oleh kerana dulu kat kedai takde freezer. Daging dan kebau ini binatang yang besar, dan kalau disembelih untuk makan anak beranak saja tentulah berlebih-lebihan dan membazir kerana tiada tempat untuk simpanan daging mentah. Jadi mereka berpakat-pakat  satu kampung berkongsi untuk membeli lembu atau kerbau untuk disembelih dan dibahagi kepada semua. Maka merasa la semua makan daging pada bulan puasa atau pada hari raya. 

Tapi sekarang dah takde amalan berkongsi-kongsi  nak beli lembu lagi. Mereka beli kat pasar je. banyak yang jual. Tapi mantai tu tetap dipanggil mantai kerana kebesaran dan sambutan hari-hari tersebut dan kerana amalan bergotong-royong memasak sesama keluarga masih dikekalkan.

Thursday, August 25, 2016

Tips tanggalkan Road Tax pada cermin kenderaan


Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang kali.

Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.

Selepas setahun, "road tax'' berkenaan perlu ditanggalkan semula. Masalahnya mula tibul, "Road Tax" dah tanggal, gam pula melekat di cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.

Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsikan satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila "Road Tax" ditanggalkan.

Berikut adalah perkongsian beliau.


Rendam kain dengan air panas.


Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul "Road Tax" yang hendak ditanggalkan.


Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.


Selepas 5-10 minit. tanggalkan "Road Tax" berkenaan perlahan-lahan.



Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.


SELAMAT MENCUBA!!

Monday, August 22, 2016

Pagi semalam Puan Norhazura belanja barang-barang dapur kat pasar borong Selangor... macam macam dia beli... Ketam, Kupang, Udang laut, Udang Galah, Ikan Tenggiri, dan kerang ... jadi hari ni cadang nya nak masak kupang.



KUPANG/KEPAH/LALA GORENG BERLADA

BAHAN
1-2kg kupang/kepah/lala
10-15 tangki lada kering
(nk pedas blh tambah lagi)
2 biji bwg besar
1" halia
3-4 biji bwg putih
3 btg serai
(1 btg lagi utk dititik)
garam secukup rasa
1 cwn air
serbuk perasa (jika suka)

CARANYA
Cili kering, bwg besar, bwg putih, 2 btg serai & halia - diblender

Tumis semua bahan yg telah diblender tadi dgn sedikit minyak sehingga garing & naik minyak
kemudian masukkan 1 btg serai yg dititik tadi - digaul rata
masukan sedikit garam & serbuk perasa & 1 cwn air tadi
masukkan kupang dan dikacau rata
**Biarkan sehingga masak/mendidih dan kuahnya agak kering/pekat sedikit
(Kalau nk kuahnya betul2 kering pun boleh, ikut citarasa masing2..)
Siap & boleh dihidang..!

Tuesday, August 16, 2016



Cara Buat Mi Rebus Johor
( Resepi Mi Rebus Hj Wahid )
Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid
Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata,
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Monday, August 15, 2016










Masa berbuka di Gemencheh, pertama kali makan shell out... memang best... anak-anak pun suka. Jadi sama-samalah kita cuba resepi ni ye...
 Resepi Shell Out
 Bahan untuk pes:
Cili kering – direbus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Asam keeping (anggaran 2-3 keping)
Cara membuat pes:
Kisar semua bahan kecuali asam keeping.
Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping.

Cara memasak ketam:
  1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
  2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
  3. Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
  5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
  6. Siap dimasak.

Cara memasak udang:
  1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
  2. Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
  3. Masak hingga kering sedikit
  4. Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.

Cara memasak sotong:
  1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
  2. Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
  3. Masak menggunakan kuali non stick.
  4. Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
  5. Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.

Cara penyediaan sayur dan dressing:
  1. Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
  2. Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island

Hidangkan kesemua makanan di atas kertas parchment paper atau plastik dan nasi jika mahu. Mudah saja membuatnya. Sesuai untuk hidangan famili. Gerenti puas hati makan masak sendiri. Kenyang dan lebih jimat. Pencinta seafood perlu cuba hidangan ini.