Duhai isteriku
Terima kasih diri ini
ungkapkan atas kesabaran dan keteguhan hatimu melayari bahtera kehidupan kita
bersama. Terima kasih yang mendalam dari hati ini atas ketabahanmu mendidik
anak-anak kita, Emir Danial, Emir Emran, Emir Haduan dan Eryna Dinee yang
semakin membesar dengan kasih sayang dan kecerdasan iman yang kita curahkan
Duhai Isteriku
Saat ini, aku merupakan
keutamaan bagimu selepas Allah dan Rasulmu. Wajib engkau mematuhiku selama mana
aku tidak menyuruhmu untuk melakukan sesuatu yang menjadi larangan Tuhan.
Hiasilah wajahmu dengan senyuman kerana senyumanmu itu penambat hatiku. Jagalah
tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku. Fahamilah
aku, kerana aku hanyalah seorang lelaki biasa yang tiada keistimewaan dihadapan
Tuhanmu dan Tuhanku. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak sering
melakukan kesilapan. Tatkala itu maafkanlah aku. Redhalah hatimu kerana aku
ditakdirkan Allah untukmu
Ya Allah,
jadikanlah kami ini
pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami
keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah,
hiasilah hidup kami
dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan
tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari
perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak
tertanggung oleh jiwa kami ini.
Ya Allah,
Kurniakanlah lagi dari
kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan
membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu.
Ya Allah,
izinkanlah kami
menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami
tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.
Ya Allah, berkatilah
kami.
Buat Isteriku Tercinta, Norhazura Hamzah
Sempena Ulangtahun Perkahwinan Kita ke 13….
No comments:
Post a Comment