Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
Tips untuk kurus tanpa ubat
1. JANGAN BERLAPAR
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat,cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat,
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Teruskan Usaha Anda
Monday, May 9, 2011
Episod akhir-Pengalaman Seram
Hari ni hari kelima aku berada di rumah tersebut. Badan terasa penat. Rasanya aku tak larat untuk tinggal di rumah tersebut. Walaupun dari luar nampak selesa tapi bila malam menjelma aku berasa seperti ada benda lain yang turut menghuni rumah tersebut.
Petang-petang lagi aku sudah berada di Ruang menunggu dihospital. Alhamdulillah aku dapat kenalan seorang ustaz yg kebetulan isterinya berad di ward hospital tersebut. Aku cuba meminta bantuan ustaz tersebut untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku di rumah tersebut. Selepas membawa ustaz itu meninjau keadaan sekeliling rumah, ustaz itu menyatakan tempat tersebut memang di duduki oleh makhluk ghaib. Katanya berkeluarga.tambahnya lagi makhluk itu cuba hendak berkawan dengan ku, dan ia tidak akan dapat membunuh manusia. dan yang penting kewujudannya hanyalah untuk memesongkan aqidah aku supaya lebih takut kepadanya...daripada takut kepada Allah yang Esa. Dia menasihatkan aku supaya bersabar.
Malam itu, aku berjalan balik ke rumah tersebut seorang diri.Kini aku sudah tau jawapan yang sering mengganggu ku. Mulut ku membaca beberapa ayat Quran. Ketika aku melangkah menaiki tangga aku rasakan kakiku begitu berat, seperti ada yang cuba memegang kakiku. Aku cuba perlahan-lahan dan berhasil. Ketika membuka pintu rumah...kunciku pula seperti tersekat...aku dah tak tau nak cakap apaketika itu.badan ku berpeluh.....aku begitu takut.
Selepas beberapakali mencuba akhirnya aku berhasil membuka pintu. Seperti malam sebelumnya...tingkap yang sememangnya telah ku tutup sudah terbuka kembali. Ketika ini memang jelas aku ternampak makhluk itu sedang duduk di tingkap tersebut...seperti memanndang keluar...rambutnya panjang hingga mencecah lantai. Aku terus berlari ke Bilik Air....cuba mengambil Wudhuk. Selepas itu aku terus masuk kebilik cuba untuk menunaikan solat, Masa ini aku dah tak boleh nak berbuat apa lagi. aku betul-betul merayu agar Benda tu jangan menghampiri aku. Selepas solat....aku berdoa...Ya ALLAH hindari lah makluk ini daripadaku......dan makhluk ini betul-betul duduk disebelah ku....aku dapat melihat pakaiannya yang berwarna putih dan rambutnya yang panjang.
Selepas berdoa aku terus duduk diatas katil. Aku cuba Baca Yassin, namun makhluk ini terus menunjukkan diri. Dia terus duduk dihadapan ku....kali ini aku dapat melihat matanyan yg berwarna merah......aku terus duduk di situ sampai aku tertidur....

Thursday, May 5, 2011
ANAK-ANAK KITA SELEPAS 53 TAHUN MERDEKA
Jemaah Islam dituntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu disekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga didalam masyarakat dan generasi Islam sejati didalam negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak dan berperanan ditengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu mereka membetulkannya dengan petunjuk Al-Quran.
Cerita seram- Hari keempat
Pagi tersebut aku agak kurang sihat. Namun aku tetap ke pejabat ..maklumlah baru masuk kerja takkkan nak cuti pulak. Hari ni aku melawat seluruh kawasan hospital. Sempat jugak aku berbual dengan beberapa kakitangan dan pegawai di hospital. Pada petang tersebut aku berjumpa dengan kawan-kawan da bahagaian emergency. Hari ni dia orang agak sibuk kerana ada beberapa kes emergency. Namun mereka sempat berjanji nak ajak aku makan malam nanti…..mesti aku setuju.
Jam 8 malam aku dah berada di ruang menunggu hospital. Perut dah terasa lapar…..mana dia orang ni janji jam 7.45 malam. Tapi aku terus sabar ni. Dalam menunggu tiba-tiba aku ternampak mereka berkereta dari rumah ku. Salah seorang dari mereka bertanya dah lama turunke. Aku jawab dari jam 7 tadi.
Mereka bertanya kenapa tak tahan kereta masa dia orang lalu depan hospital. Aku jawab mana namapak kereta lalu. Lepas tu mereka bercerita. Mereka kata dalam jam 7.15 mereka dah sampai didepan rumahku. Mereka memanggil aku..dan aku menyahut..tunggu jap. Lepas tu mereka terus tunggu sampai jam 8 malam…tapi aku tetap tak turun dari rumah….bila mereka panggil lagi tiada jawapan. Lepas tu mereka turun…tengok aku ada kat bawah…..Aku cakap mana ada aku masa tu…..jadi siapa yang mereka panggil dan siapa yang menyahut panggilan mereka.
Semasa makan aku cuba bertanya kepada mereka. Ada ke apa-apa yang tak kena pada rumah tu. Mereka tak menjawab. Cuma mereka cakap kalau boleh cari rumah lain…sebab rumah tu jauh dari pekan. Aku hanya menggangguk je….malas nak tanya lagi.
Malam tu bila balik ke rumah…aku lihat kipas diruang tamu dah terpasang…aku cuba mententeramkan diriku dengan membaca bebrapa ayat Al-quran. Pada malam ni aku rasakan benda itu pasti akan mengganas lebih teruk lagi. Andaian ku memang benar. Bisik hatiku kau nak buat apa buatlah yg penting jangan tunjukkan muka. Beberapakali aku terdengar suara paip air dibuka didapur. Beberapa kali pula mata aku ternampak seperti benda melintas di kiri kanan ku …tapi bila berpaling ia tiada…Aku tak kemana-mana hanya duduk dikatil. Nak keruang tamu takut….nak ke dapur takut……aku membaca yassin berulang-ulang sampai tertidur…….
Kematian OSAMA...Pengganas atau Pejuang
"Salam perjuangan,
Berita kematian Osama bin Laden telah pun diketahui umum setelah ia diumumkan oleh pihak Amerika yang mendakwa telah berjaya membunuh Osama di Paskistan. Walaupun beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Pengganas nombor 1 dunia iaitu Amerika meragukan dengan menyiarkan gambar 'super impose' dan mendakwa terpaksa mengkebumikan jenazah Osama di lautan namun buat masa ini dunia menerima berita kematiannya secara terbuka namun masih lagi menanti kesahihannya.
Sebagai seorang yang beragama Islam, apapun tindakan Osama lakukan dia masih lagi manusia seagama dengan saya.
Justeru janganlah terikut-ikut dengan suara dan kenyataan Amerika kerana mereka sebenarnya lebih ganas. Jangan lupa bagaimana tindakan Amerika menyerang negara-negara Islam dan bersekutu dengan Israel laknatullah.
Bersama ini, saya sertakan dua kenyataan pemimpin tertinggi PAS dan UMNO yang dibuat khusus kepada kematian Osama Laden. Kenyataan Mursyidul Am PAS pada hemat saya melanbangkan beliau adalah pemimpin Islam tetapi kenyataan Najib seolah-olahnya beliau sealiran dengan Amerika.
Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama
Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".
Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.
Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama
Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.
Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.
Al-Fatihah....

Monday, May 2, 2011
BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH?
BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH?
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud);
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu secara automatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu membaca al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.
*Artikel ini ditulis oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, http://nasihah-addin.blogspot.com/

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”Apa makna anak soleh?
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu secara automatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
(al-Anfal: 24)
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu membaca al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.
*Artikel ini ditulis oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, http://nasihah-addin.blogspot.com/
Sunday, May 1, 2011
Mee Siam
Bahan-bahan ( 8 org )
- 500gm mee hoon (direndam bersama air sejuk)
- sedikit daun kucai
- bahan² untuk menggoreng mee:-
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 25 tangkai lada kering (direndam)
- 3 sudu besar udang kering (direndam)
- sedikit garam dan gula
- cara²nya :- 1) kisar kesemua bahan tadi... 2) panaskan kuali dan masukkan minyak anggaran setengah cawan.
- 3) bila dah panas masukkan bahan² yg telah dikisar tadi. 4) bila dah naik minyak, masukkan mee hoon dan digaul rata kemudian dimasukkan daun kecai, garam dan gula secukup rasa.
- bahan² untuk membuat kuahnya :-
- 20 tangkai lada kering (direndam) = dikisar
- 2 sudu udang kering (direndam) = dikisar
- 1 1/2 biji bawang besar = dikisar
- 2 biji bawang putih = dikisar
- segenggam asam jawa
- 2 senduk gula dan garam secikip rasa
- 1 1/2 liter air
- 6 sudu kacang tanah = dikisar
- 1 1/2 botol taucu diramas (dibilas sedikit, biar tak terlalu masin)
Cara-cara
- tumiskan kesemua bahan² yang dikisar tadi
- bila naik minyak, masukkan air, air asam, taucu dan kacang yang sudah dikisar tadi...
- kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
- kuahnya biarkan cair sedikit dan rasanya biar masam² manis.... baru ada power!!!
- bahan² untuk hiasan :-
- daun kucai, limau kasturi, telur, tahu dan juga tauge (kalau suka)
Friday, April 29, 2011
RAKYAT MARHAEN: Islam Itu Sumpah Sahajakah ?
RAKYAT MARHAEN: Islam Itu Sumpah Sahajakah ?: " ' Sekularisme yang menjalar dalam kehidupan umat Islam di Malaysia nampaknya berjaya mengheret orang Melayu jauh meninggal..."
Pengalaman seram part 4 dan terakhir
Ah….kat dapur pula…Aku menjenguk ke dapur, tiada pinggan yag jatuh pun. Tapi aku pasti bunyi tersebut dari dapur. Sekilas pandang aku ternampak seperti ada bayangan putih di sebelah kanan ku. Aku berpaling ke kanan…tiada apa-apa.
Tapi, tingkap yag baru aku tutup tadi sudah terbuka semula. Meremang bulu tengkuk ku ketika itu. Ini betul-betul menguji aku. Apa yang nak aku buat sekarang. Adakah aku perlu lari meninggalkan rumah itu sekarang. Kalau aku nak ke pejabat aku perlu berlari dalam gelap dan menuruni bukit. Jauh juga tu lebih kurang 100meter. Kalau hari siang tak pa, ni dah tengah malam.
Aku mengambil keputusan Masuk ke dalam Bilik. Sambil tu mulut ku kumat kamit membaca beberapa ayat Al-Quran. Masuk ke dalam bilik terus ku menutup pintu. Aku membuka radio, mujurlah siang tadi aku dah setkan siaran radio bacaan Al-Quran. Rasa lega. Aku mencapai telefon bimbit ku cuba menelefon kawan-kawan..tapi tiada line.
Beberapa seketika aku sudah dapat mengawal diri. Aku bertekad untuk berhadapan dengan apa-apa rintangan. Aku nak duduk rumah ini. Dan tiada sesiapa pun boleh menghalang aku. Aku Kebilik air untuk mengambik Wudhuk. Aku dapat merasakan ada sepasang mata seperti memerhatikan aku. Ahh pedulikan…..Aku bercadang Solat hajat dan membaca Yassin memohon dipermudahkan urusan ku dibumi asing ini. ….sementara itu di dapur berbunyi seperti orang berlari…..malam itu aku membaca Yasiin berulang-ulangkali sampai tertidur……
Hari Ke ENAM (malam terakhir)
Malam tu seperti biasa aku turun ke kawasan hospital. Selepas keluar makan bersama pemandu aku lepak dan berbual bersama staff hospital. kemudian aku balik ke rumah.
Sepenjang perjalanan aku baca beberapa ayat Quran...terasa seperti jauh perjalanan mendaki bukit. Kalau ikut hati memang taknak balik...tapi aku nak tidur di mana. Sampai ditangga...kaki aku seperti berat. puas aku melangkah tapi masih tidak boleh....tapi akhirnya aku sampai juga ke pintu...
Masa nak buka pintu aku beberapakali salah kunci...aku pun tak tau masa tu...aku nak masuk atau tak nak masuk rumah...akhirnya aku masuk....terus ke bilik air ...ambil wudhuk...
Masa ini lah aku dapat merasakan bahawa benda tu memang semakin mengganas....semasa aku sedang solat...benda tu betul betul berdiri di sebelahku...berpakaian serba putih yang agak kotor...memang rasa nak pengsan.....
selepas selesai memberi salam aku lihat benda tu dah tiada. Aku pun pergi ke katil. tiba tiba aku lihat benda tu sedang bertenggek diatas tingkap....aku dah tak tau nak buat apa....kemudian hilang ...aku baca ayat quran sampai tidur......aku pun tak pasti aku tidur atau tidak...kemudian benda tu dudk di hujung katil.....aku tidur sampai kepagi
Hari ke TUJUH.
Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut....Selepas itu barulah aku tahu tempat tu memang didiami oleh Makhluk halus....Berdasarkan ustaz yang aku jumpa....benda tu memang menginap di rumah tu...dan biliknya ialah bilik yang aku gunakan. kata ustaz tu makhluk tu perempuan....dan dia cuba berkawan dengan aku...
dan kata ustaz tu lagi...sepatutnya semasa aku memagar rumah tu dengan air yassin sepatutnya direnjis dari dalam rumah ke luar rumah...tapi aku buat ..aku terus pagar rumah tu....jadi benda tu terus terperangkap dan mengamuk kerana taj dapat keluar.
Dari kata kawan-kawan di Lawas aku telah pecah rekod yang paling lama tahan duduk disitu....Walaubagaimanapun rekod tu telah dipecah kan oleh seorg doktor dari Tampin...Dr Mohaziz....dia tinggal disitu bersama isteri dan anak-anaknya....Mengikut apa yang diceritakan loeh doktor dan isteri benda tu memang ada tapi dia org buat tak paham je.

Thursday, April 28, 2011
Pengalaman Seram Part3
Hari kedua,
Hari kedua aku di daerah ini. Cuaca pagi memang amat menceriakan. Udara pendalaman memang menyegarkan. Rasa seronok pulak duduk rumah lama ni. Dah la besar ada perabot pulak tu. Tapi bila malam yang aku tak tahan.
Hari ni aku mendaftar diri. Pengarah bertanya kepada aku, macamana keadaan rumah semalam. Aku jawab ok. Dia bertanya nak cari rumah lain tak. Aku jawab , tidak perlu, saya suka rumah itu. Pengarah mengatakan jangan buat keputusan terlebih dahulu. Tinggal dulu 2 atau 3 hari. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
Hari ni aku keluar rehat bersama kawan-kawan baru. Semua nampak peramah. Menu aku Laksa Sarawak. Memang best. Mereka juga bertanya keadaan dirumah tersebut. Ada yang mencadangkan aku cari rumah di kawasan Perumahan berdekatan. Di jalan Punang kata mereka. Macam ada yang dirahsiakan dari ku. Masa yang terluang aku pergi beli Radio. Bukan apa aku nak cari siaran dari Brunei, dengarnya ada satu siaran yang menyiarkan bacaan Al-Quran 24 jam. Aku beli juga senaskhah Yassin untuk aku baca nanti.
Petang….lebih kurang jam 5.00 aku baru selesai membaca Yaasin. Air Yassin yang telah akau baca aku renjiskan disekeliling rumah. Itupun atas nasihat tunangku. Mudah-mudahan aku tidak diganggu apa-apa lagi malam nanti. Jam 6 aku ke Pejabat, sembahyang magrib di surau. Lagipun kawan-kawan baru aku nak ajak makan malam.
Jam 9.00 malam….baru balik makan. Aku pelik kenapa kawan aku hantar aku sampai di bawah bukit sahaja. Kenapa tidak menghantar aku sampai ke hadapan rumah. Lepas tu bila aku ajak naik ke rumah semua beri alasan. Macam ada apa-apa je. Aku masih di depan rumah, memerhatikan rakan-rakanku meninggalkan aku. Nampaknya aku sorang lagi malam ini. Perlahan-lahan aku naik kedalam rumah. Berat rasanya hatiku. Bila ku masuk ku lihat kipas terpasang. Aku rasa dah tutup sebelum akau keluar petang tadi. Yang lebih menghairankan aku kenapa ada tingkap yag terbuka. Aku dah tutup semua tadi. Aku pergi ke tingkap yang terbuka tu untuk menutup kembali. Tingkap tu mengadap ke hutan, janganlah ada benda benda lain muncul dari tingkap ni pula. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pinggan jatuh didapur…..
Kemudian aku tiba-tiba nampak seperti ada benda melintas...laju seperti kelibat...bewarna putih.
Kemudian aku tiba-tiba nampak seperti ada benda melintas...laju seperti kelibat...bewarna putih.
Wednesday, April 27, 2011
Pengalaman Seram Part 2
Sambungan……
Cuaca agak sejuk malam itu. aku pilih bilik yang paling besar. ada sebuah katil saiz queen. Dari tingkap bilik rumah sayup-sayup aku melihat lampu dari kawasan hospital dan Pekan. Terdengar dari luar rumah bunyi burung hantu. Aku terasa seram….keadaan memang sunyi. Berada di dalam sebuah rumah yang lama ditinggalkan, terletak di atas bukit….bersebelahan hutan dan dipenghujung hospital..menimbulkan berbagai fikiran. Aku masih di dalam bilik. Hendak ke dapur takut, hendak ke ruang tamu pun takut. Apa nak buat ni. Dari tingkap aku memandang ke luar. Di dapanku sebuah rumah transit yang juga tidak berpenghuni. Kosong…agak menyeramkan.
Waktu siang tadi aku bertanya kepada Chief Edward, rumah ni ada orang ke. Jawabnya tiada. Tapi kenapa malam ni aku Nampak seperti ada orang didalamnya. Ya aku pasti pasti….ada cahaya lilin….bergerak di ruang tamu…kemudian ke dalam bilik…….tak akan ada orang pula.
Aku cuba menelefon tunangku. Ingin berbual dengan tunangku……menceritakan pengalaman pejalanan ku dari kenderaang Boing…kepada Fokker…kemudian ke Twin Otter. Banyak benda yang ingin diperbualkan untuk menghilangkan takut.
Sedang asyik berbual tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti orang mencakar dinding…….bunyinya tak berapa kuat tapi jelas…..Tunangku turut dengar bunyi tersebut. Bunyi apa tu? Aku kata entah... macam bunyi orang cakar dinding. Memang dari petang tadi Aku dapat rasa sesuatu yang ganjil dengan rumah ini….Bunyi cakar itu semakin kuat…..di dapur aku terdengar paip air seperti dibuka seseorang…..
Pengalaman Seram Abah
Hari Pertama,
Saya pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Lawas. Walaupun baru menunjukkan jam 5 petang namun keadaan sudah begitu petang. Maklumlah waktu Maghrib disini pun jam 6.00 petang. Badan rasa letih...dari Kuching ke Miri kemudian ke Lawas. Lawas Bahagian paling utara di Sarawak bersempadan dengan Sabah. Dengarnya orang Lawas kalau shopping pergi ke Kota Kinabalu...maknanya dekat la tu

Selepas mengambil aku di airport mereka terus menghantar aku ke hospital. Katanya buat masa ni aku akan transit di quarters hospital.
Amacam bos ok tak rumah ni, ni rumah untuk doktor ni? Kata Chief Edward kepada ku. Aku memerhatikan sekeliling. Lokasi rumah agak menarik ada dua rumah sahaja di atas bukit. Dari tempat ku berdiri jelas aku dapat melihat kawasan hospital, suasana Pekan dan sungai yang agak lebar. Memang cantik tempat ini, tapi agak sunyi.
“Dah lama ke rumah ni kosong”. Tanya ku kepada Abang Alias, pemandu yang menjemput ku dari airport sebentar tadi. “Rumah ni asalnya rumah untuk doctor, tapi dia orang tak tinggal kat sini. Dia orang sewa kat luar. Jadi Pengarah buat rumah ni tempat transit kalau ada orang kursus.” Jawab abang Alias.
Aku mengangguk tanda faham. Aku memerhatikan sekeliling rumah, agak sunyi keadaannya. Di belakan rumah macam ada hutan tebal. Kami bertiga terus naik kerumah tersebut. Rumahnya agak besar, dua tingkat. Binaan batu campur papan Di tingkat bawah ada bilik untuk orang gaji. Memang besar, nak main badminton pun boleh.
![]() |
| rumah yang diduduki oleh saya berada diatas bukit (nampak bumbung sahaja) |
Kami naik ke tingkat atas. Wah, ada tv, kerusi tamu, Peti sejuk, dapur, ada 4 bilik tidur, Bilik Air ada dua. Memang besar….tapi aku tinggal seorang diri dan yang agak menggusarkan aku…kenapa Nampak sunyi sangat.
Bos, bos tinggal kat sini dululah….sebab dah nak malam ni….kalau tak ok esok kita cari rumah lain. Oklah saya rasa saya tinggal kat sini sementara waktu. Mereka bergegas meninggalkan aku seorang diri di rumah tersebut.
Aku rasa tak sedap hati. Tiba-tiba fikiran aku melayang-layang memikirkan cerita-cerita seram yang pernah aku tonton selama ini. Aku teringat malam ni adalah malam Jumaat. Malam Jumaat pertama di daerah yag tak pernah aku sampai sebelum ini. Aku rasa takut……..
Subscribe to:
Posts (Atom)